Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 1, 2010

Kerdas


Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan sama seperti petai dan jering. Bagi penduduk di luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Buah kerdas mempunyai bau yang agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini sepertimana mereka yang memakan petai.  Ramai orang tidak menggemarinya kerana baunya yang kuat itu.

Kerdas atau nama saintifiknya archidendron bubalinum merupakan sejenis buah yang sering dimakan bersama nasi. Malah buah kerdas ini boleh tahan lama jika disimpan bersama kulitnya.

Pokok kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka yang besar, rendang dan malar hijau, selalunya tumbuh meliar di dalam hutan dan banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara.

Pokok ini mempunyai kulit yang keras tetapi benih di dalam kulit buahnya boleh dimakan. Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas.

Ulas isinya agak kecil iaitu di antara 10mm - 15mm dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering. Warna isinya pula bergantung kepada ketuaan buah ini. Jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya berwarna kuning pucat (keputih-putihan).

Sumber: wikipedia

No comments: