Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, March 9, 2010

Bola lisut

 

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan bola dan pemukul yang berkembang dari sukan besbol.

Permainan ini diperkenalkan oleh seorang pemberita bernama George W. Hancock pada 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.

Dalam permainan sofbol, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul bola (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bat.

Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai penyerang.

Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base).

Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa.

Tiga jenis tersebut ialah fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch.

Rajah padang sofbol

Padang sofbol berbentuk potongan wajik dan dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) serta daerah foul (foul territory).

Sementara itu daerah fair dibahagi kepada dua bahagian iaitu Infield dan Outfield.

Sumber: Wikipedia

No comments: