Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, January 13, 2010

Di sebalik nikmat menghisap rokok



Terdapat perkara yang perlu diambil perhatian oleh perokok-perokok setiap kali menikmati sedutan sebatang rokok.  Kemugkinan perkara-perkara ini dapat menyedarkan sang perokok untuk menghentikan tabiat merokok dan menjalani kehidupan tanpa rokok.

1. Sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia.  Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 - 100 bilion dolar.  Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

2. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

3. Sebuah ladang di Byelorusia (Belarus) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok.

4. Seramai 4 juta orang rakyat Malaysia yang dikenal pasti sebagai perokok membelanjakan RM10.4 juta sehari untuk membeli rokok.  Ini bermakna setiap tahun hampir 3.8 bilion dibelanjakan untuk membeli rokok dan jumlahnya meningkat dari masa ke semasa - Mingguan Malaysia, 25 Jun 2000.


5. Menjelang tahun 2020 jumlah perokok dijangka meningkat sehingga 10 juta setahun.  Ini menjadikan kematian berpunca daripada merokok mengatasi jumlah kematian pelbagai penyakit lain, termasuk HIV.  Pada masa ini seramai empat juta perokok di seluruh dunia atau 11,000 orang sehari berpunca daripada penyakit berkaitan tabiat merokok.  Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tabiat merokok juga menjadi punca utama perokok diserang penyakit jantung, angin ahmar, kanser mulut dan kanser paru-paru. - Metro Ahad, 11 Jun 2000.

6. Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut mendedahkan bahawa :
  • Sebanyak 5,500 bilion batang rokok dihisap setahun.
  • Negara teramai penghisap rokok, China sebanyak 1,643 bilion batang setahun.
  • Setiap hari 15 bilion batang rokok dihisap.
  • 40% - 49% lelaki berumur 15 tahun ke atas menghisap rokok.
  • Merokok meningkatkan risiko kanser paru-paru, kehilangan deria rasa dan hidu, kulit kedut, sakit jantung, asma, nafas berbau dan lain-lain.
  • Sebatang rokok mengurangkan jangka hayat anda sebanyak 7 minit!

Sumber: Utusan Pengguna

No comments: