Pekan Taiping sekarang (imej dari virtualtourist.com)
Bandar Taiping adalah ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama.
Sebelum tahun 1937, Taiping adalah ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong sementara Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.
Taiping bermaksud aman atau damai dalam bahasa Hakka.
Tercetus dari pertelingkahan puak pendatang negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Klian Pauh ketika itu.
Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air.
Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment