Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, December 10, 2009

Nostalgia



Sewaktu perjalanan pulang ke Ipoh daripada Kuala Lumpur pada 7 Disember lalu, keretapi Shuttle pukul 1 petang ('delay' di KL Sentral sehingga jam 2 petang) telah terkandas di Stesen Keretapi Sungkai kerana terdapat sedikit masalah.

Pemegang (arm) roda keretapi telah tertanggal menyebabkan keretapi tidak dapat meneruskan perjalanan, maka aku dan keluargaku terpaksa menunggu di Stesen Keretapi Sungkai sehingga pukul 5 petang apabila keretapi ekspress dari Singapura ke Butterwoth tiba dan mengambil penumpang Shuttle yang terkandas.

Semasa berada di Stesen Keretapi Sungkai aku sempat mengambil gambar ini, gambar keretapi stim di Stesen Keretapi Tanjung Pagar pada tahun 1969.
 

No comments: