Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, December 2, 2009

Kampung Bandar


Kampung Bandar wujud dan berkembang pada awal kemasukan British ke negeri Perak.

Pada zaman penjajahan British, Kampung Bandar adalah pekan kecil yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penduduk dan kampung di persekitarannya.

Di situ terdapatnya pengkalan bot (penambang) untuk memunggah hasil dagangan penduduk dengan tempat lain di persekitarannya terutama ke bandar Teluk Anson (kini Teluk Intan).

Ini kerana sungai adalah sistem perhubungan utama pada masa itu.

Di situ juga terdapatnya Balai Penghulu Mukim Bandar dalam menjalankan urusan pentadbiran tempatan.

Perkembangan Kampung Bandar menarik ramai penduduk berhijrah ke situ termasuklah kaum Cina.

Sehingga kini masih terdapat kampung kecil di mukim bandar ini yang dikenali sebagai Kampung Cina.

Kemajuan dan perkembangan ini telah mendorong kepada keperluan untuk mendirikan sekolah iaitu Sekolah Melayu Bandar pada tahun 1896.

Sumber: Sinar Harian

No comments: