HANRUH turut menekankan supaya kesinambungan peranan mempertahankan negara bukan terletak di bahu anggota keselamatan semata-mata tetapi meliputi anggota masyarakat keseluruhannya.
HANRUH telah diperkenalkan pada tahun 1986 dan telah dijadikan sebagai salah satu prinsip asas di dalam Dasar Pertahanan Negara yang mengandungi lima komponen teras iaitu:
Merangkumi kesiapsiagaan tentera dan polis melindungi nyawa dan harta benda serta memelihara keselamatan awam. PDRM sebagai teraju utama semasa aman berupaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan berdaya juang melalui kemahiran serta disiplin yang tinggi.
2. Penyatuan dan Perpaduan Masyarakat
Bangsa Malaysia perlu utuh dan bersatu padu serta hidup harmonis tanpa mengira perbezaan status, kaum, agama, budaya dan negeri. Kemantapan integrasi nasional, integrasi budaya dan tanpa perbezaan wilayah dapat merealisasikan keutuhan Malaysia. Bagi melahirkan semangat penyatuan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, mereka perlu mengamalkan sikap penyayang, toleransi, sikap permuafakatan, berkongsi matlamat dan wawasan yang sama serta mengamalkan nilai-nilai yang murni dan bermaklumat.
3. Kesiapsiagaan Awam
Kesiapsiagaan awam membawa maksud kesediaan agensi-agensi awam, pihak swasta, pertubuhan sukarela dan orang awam dalam mengadakan kemudahan perlindungan nyawa dan harta benda mereka dan negara dari bencana peperangan. Selain itu, mereka perlu melibatkan diri dalam usaha-usaha pembekalan kemudahan asas yang berterusan di dalam keadaan perang, darurat dan bencana.
4. Daya Tahan Ekonomi
Ketahanan ekonomi membawa erti kerajaan dan swasta di semua sektor ekonomi berganding bahu dan bersatu untuk memastikan kemampuan dan kekuatan ekonomi negara terus mantap di masa aman serta berupaya membantu keperluan pertahanan dalam menghadapi perang dan darurat. Bagi memenuhi keperluan ketahanan ekonomi, tumpuan akan diberikan kepada usaha penyimpanan stok bahan-bahan perlu dan memastikan kemudahan pengangkutan, tenaga dan sumber air tidak tergendala atau terancam semasa peperangan.
Kekuatan psikologi bermaksud kekuatan mental yang menunjukkan komitmen dan keyakinan yang padu terhadap kedaulatan dan pertahanan negara. Bagi membina bangsa Malaysia yang memiliki keutuhan psikologi, mereka perlu memupuk sifat-sifat mulia seperti berani dan sanggup berkorban demi rasa cinta kepada negara, bijak memainkan peranan semasa aman dan darurat di samping mengamalkan nilai-nilai agama dan moral yang tinggi. Selain itu sebagai bangsa yang berpendirian, mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah musuh serta memiliki jasmani yang cergas lagi berdisiplin.
Sumber: Majalah Sinar Mentari
No comments:
Post a Comment