Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, December 14, 2009

Adakah pelakon Zul Huzaimy juga merupakan seorang ex-smgrian?

Aku sebenarnya tidak pasti akan perkara ini, namun aku sering mendengar bahawa pelakon Zul Huzaimy juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Gunung Rapat.  Bagaimanapun aku tidak mendapat sebarang bukti yang sahih tentangnya.

Pelakon Zul Huzaimy memang merupakan anak kelahiran Perak, kalau tak silap aku di daerah Batu Gajah.  Aku pernah terserempak dengannya di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, segan pulak aku nak bertanya sekiranya beliau adalah bekas pelajar SMGR atau tidak.

Kepada ex-smgrian yang mengetahui dan mengenali Zul Huzaimy, diharap dapat meninggalkan sebarang komen ataupun kesahihan tentang perkara ini.  Sekiranya benar bahawa Zul Huzaimy adalah ex-smgrian, bermakna tiga orang ex-smgrian yang telah terlibat dalam bidang seni iaitu Zul gitaris kumpulan Teja, Wahid Senario dan Zul Huzaimy.

No comments: