Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 4, 2009

Tiga peringkat pengurus dalam sebuah organisasi


1. Pengurus Peringkat Pertama

Menyelia dan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti pekerja. Kebanyakan daripada masa mereka perlu memeriksa kerja yang dilakukan oleh pekerja bawahan mereka dan membantu pekerja-pekerja tersebut menyelesaikan masalah.


2. Pengurus Pertengahan

Mereka biasanya akan menjalankan strategi-strategi yang telah dirancang dan ditetapkan oleh pengurus-pengurus atasan dan melaksanakannya. Mereka juga menjalankan aktiviti-aktiviti untuk kakitangan operasi dan pengurus peringkat pertama.


3. Pengurus-pengurus Atasan

Gelaran jawatan untuk Pengurus-pengurus Atasan termasuk CEO, Presiden dan Naib Presiden. Pengurus-pengurus ini bertindak membuat keputusan penting tentang aktiviti mana sepatutnya sesebuah organisasi itu perlu terlibat, seperti pemerolehan, penyelidikan dan pembangunan dan pengembangan kapasiti. Mereka bertanggungjawab untuk keseluruhan organisasi.

No comments: