Taman rekreasi ini terletak berhampiran Jalan Tambun. Taman rekreasi ini juga dikenali dengan nama Padang Polo kerana lokasinya berhampiran Kelab Lumba Kuda Ipoh (Ipoh Turf Club) bagaimanapun tiada lagi aktiviti sukan polo dimainkan di sini.
Pengunjung yang datang ke sini boleh menjalankan aktiviti riadah seperti berjogging dan berjalan kaki dan ada juga beberapa peralatan senaman seperti gorilla swing, pumping pole dan palang untuk mendagu disediakan di sini.
Taman rekreasi ini juga ada menyediakan kawasan untuk mereka yang meminati sukan extreme seperti bermain skateboard, berbasikal dan juga laluan untuk refleksologi kaki. Di samping itu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz juga ada menyediakan dataran bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti seperti aerobik dan poco-poco.
Bagi kanak-kanak pula turut disediakan beberapa permainan untuk kanak-kanak. Antara tarikan terbaharu ialah kolam ikan di mana pengunjung boleh bersantai di tepi kolam untuk melepaskan tekanan setelah seharian bekerja di pejabat.
Kolam ikan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz
Trek untuk berjogging atau untuk berjalan kaki
Beberapa permainan yang dicuba oleh anak aku
No comments:
Post a Comment