BERLIN: Rawatan akupuntur dikatakan lebih banyak mengurangkan kesakitan belakang berbanding rawatan konvensional walaupun jarum akupuntur dikatakan disuntik ke tempat yang salah, kata satu kajian yang dilakukan penyelidik Jerman.
Satu ujian terhadap lebih 1,100 orang mendapati kesan rawatan akupuntur adalah dua kali ganda lebih baik berbanding kombinasi ubat, fisioterapi dan senaman.
Keputusan itu menunjukkan akupuntur dan akupuntur palsu bertindak lebih baik berbanding kesan rawatan biasa yang meninggalkan tanda-tanda tertentu kepada pesakit.
Satu pasukan yang diketuai Michael Haake dari Universiti Regensburg merekrut 1,162 pesakit berusia antara 18 dan 86 yang mengalami masalah sakit belakang untuk tempoh purata selama lapan tahun.
Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan dan dirawat sama ada secara akupuntur tulen di mana jarum disuntik di tempat khusus, menerima rawatan akupuntur palsu di mana jarum tidak terkena pada tempat yang sepatutnya atau diberikan rawatan ubat termasuk penahan sakit dan fisioterapi.
Satu pertiga daripada mereka menunjukkan kesakitan semakin berkurangan.
Selepas enam bulan, hampir separuh daripada mereka yang menerima suntikan akupuntur tulen (47.6 peratus) dan 44.2 peratus menerima akupuntur palsu memenuhi kriteria berkenaan manakala hanya 27.4 peratus daripada mereka yang menerima rawatan konvensional pulih dari kesakitan.
Perkara itu menunjukkan bahawa akupuntur walaupun dijalankan secara tidak lengkap adalah dua kali ganda lebih efektif berbanding rawatan terapi konvensional.
"Keberkesanan kedua-dua bentuk akupuntur menunjukkan bahawa mekanisme biasa dengan berbaring mungkin bertindak terhadap kesakitan, memindahkan isyarat kesakitan atau proses isyarat kesakitan melalui sistem saraf pusat dan ia lebih kuat berbanding tindakan mekanisme melalui terapi konvensional," kata penulis kajian. – Agensi
No comments:
Post a Comment