ANTARA komplikasi kejadian zakar tidak turun yang paling membimbangkan ialah risiko kanser.
BAYI yang dilahirkan pramatang lebih berisiko mengalami buah zakar tidak turun
KEJADIAN buah zakar tidak turun boleh memberi pelbagai komplikasi kepada bayi.
BUAH zakar pada peringkat fetus berkembang di kawasan abdomen atau lebih tepat lagi di bawah ginjal. Sebelum bayi itu dilahirkan, buah zakar akan turun ke bahagian bawah pada kedudukan normal bagi setiap lelaki.
Proses ini tidak berlaku serentak bagi kedua-dua buah zakar. Selalunya buah zakar di sebelah kiri akan turun dahulu dan disusuli oleh buah zakar di sebelah kanan.
Ini bermakna, buah zakar kanan mempunyai masa yang lebih singkat untuk menyempurnakan proses ini.
Semasa proses penurunan buah zakar, ia juga menurunkan sekali lapisan peritoneum yang dinamakan processus vaginalis.
Kejadian buah zakar tidak turun ke tahap yang normal selalunya berlaku pada buah zakar di sebelah kanan iaitu 50 peratus, 30 peratus berlaku pada buah zakar sebelah kiri dan 20 peratus berlaku pada kedua-dua buah zakar.
Secara logiknya, bayi yang dilahirkan pramatang, mempunyai risiko yang tinggi terhadap masalah ini. Ini kerana processus vaginalis tidak mempunyai masa yang cukup untuk melengkapkan proses penurunan buah zakar.
Keadaan ini mungkin disebabkan emosi dan ia amat menyakitkan. Keadaan ini tidak memerlukan sebarang pembedahan. Apabila buah zakar bertambah saiznya, buah zakar akan turun kedudukan yang betul secara tetap.
Pembedahan untuk membetulkan keadaan buah zakar adalah lebih ideal pada umur sekitar dua tahun. Semakin lama pembedahan ditangguhkan, semakin banyak kerosakan pada buah zakar.
Oleh Dr. Ganguli Gautam
Daripada arkib Kosmo!


No comments:
Post a Comment