Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, November 23, 2009

Pengurus kurang dapat kanser



SYDNEY - Kajian di Australia pada tahun 2008 mendapati para pengurus kurang cenderung menghidap penyakit kanser, manakala pembantu kedai mempunyai peluang cerah menderita sakit belakang dan jururawat pula berpotensi tinggi mendapat penyakit jantung.

Menurut majalah Medical Journal Australia, berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap 4,200 pekerja berusia antara 45 tahun dan 64 tahun, kira-kira dua pertiga daripada mereka didapati mempunyai masalah kesihatan.

Seorang penyelidik, Deborah Schofield berkata, para pekerja yang agak berusia dengan tahap kesihatan kritikal lebih cenderung untuk diambil bekerja di sektor tertentu seperti peruncitan, kesihatan dan perkhidmatan komuniti. - AFP

No comments: