Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 18, 2009

Lemas pembunuh utama budak

Beribu-ribu maut setiap tahun di Asia ketika taufan, banjir dan jatuh sungai


HANOI: Lemas dikenal pasti sebagai pembunuh utama kanak-kanak di Asia, tetapi masalah itu kerap terlepas pandang di negara miskin yang diganggu kematian disebabkan kemalangan kereta, tercekik dan kemalangan lain. Hampir 2.5 juta penduduk yang disoal selidik di Bangladesh, China, Filipina, Thailand dan Vietnam oleh UNICEF dan Alliance for Safe Children, sebuah kumpulan kebajikan beribu pejabat di Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Tinjauan mendapati kecederaan adalah punca utama kematian di kalangan kanak-kanak berusia lebih setahun. Lemas adalah punca utama kematian berkaitan kecederaan di semua negara, membentuk kira-kira separuh daripada kes. Namun laporan menyebut, lemas selalunya hilang dari statistik kematian kanak-kanak kerana ramai golongan itu yang lemas tidak dibawa ke hospital.

"Anda menemui kanak-kanak terapung dengan muka ke bawah di dalam kolam dan anda tidak membawanya ke hospital. Jadi, kematian tidak pernah diketahui," kata Dr Michael Linnan, penulis bersama dan juga pengarah teknikal Alliance for Safe Children.

Rantau Asia Pasifik dikelilingi lautan dan jalan air tetapi ramai penduduknya tidak tahu berenang. Beribu-ribu lemas setiap tahun ketika musim taufan, banjir atau terjatuh ke dalam sungai atau kolam. Linnan menganggarkan, kira-kira 240,000 kanak-kanak sehingga berusia 17 tahun lemas setiap tahun di seluruh rantau itu.

Katanya, kerajaan perlu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keperluan untuk lebih memantau pergerakan kanak-kanak berdekatan sumber air dan mengajar mereka berenang. Katanya, Alliance for Safe Children terbabit dalam program di Bangladesh yang mengajar 23,000 kanak-kanak untuk berenang dan terdapat rancangan itu melakukannya secara menyeluruh.

"Ia seperti imunisasi. Anda membekalkan mereka dengan kemampuan perlindungan diri sepanjang hayat," kata Linnan.

Kematian kanak-kanak akibat penyakit berjangkit di negara Asia yang membangun jatuh mendadak sejak beberapa tahun ini, disebabkan kemudahan mendapatkan vaksin selain usaha mengurangkan cirit birit dan penyakit pernafasan. Peningkatan dalam zat makanan juga membantu.

Bayi masih berada pada risiko paling tinggi untuk meninggal dunia dalam bulan pertama kehidupan mereka, dan penyakit memberikan ancaman paling besar dalam tahun pertama mereka. Namun kecederaan adalah bahaya paling besar.

- AP

No comments: