Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, November 6, 2009

Krisis perlembagaan Perak


Sidang DUN Pakatan Rakyat yang telah diadakan di bawah pokok


Pada Februari 2009 terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti.  Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi laluan kepada Barisan Nasional.  Bekas Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 18 Februari 2009, Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir bersama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.

Pada 3 Mac 2009, 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat (PR) serta Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak.  Selepas tidak dapat memasuki Dewan Undangan Negeri Perak, semua 27 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan Rakyat dan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang DUN di bawah pokok.

DAP mendakwa bahawa sidang DUN itu sah kerana berdasarkan peraturan, speaker DUN Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan Barisan Nasional mengatakan ia persidangan haram kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.  Dalam sidang DUN tersebut, dua usul diluluskan.

Usul undi percaya kepada Mohd Nizar Jamaluddin.  Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.  Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun, telah mengeluarkan perintah melarang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3 Mac 2009.  Ini berdasarkan fakta atau peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak.

Sumber: Sinar Harian

No comments: