HIDUP sehingga mencapai usia 100 tahun mungkin sesuatu yang hebat untuk didengar. Malah, lebih mengejutkan lagi apabila satu kajian terbaru mengatakan bahawa individu yang menghidap penyakit jantung atau diabetes pada usia tua masih mampu mencapai usia tersebut.
Dr. William Hall dari University of Rochester dalam penulisan yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine mengatakan mereka harus berterima kasih kepada doktor yang agresif merawat masalah kesihatan orang-orang tua daripada hanya menggunakan pendekatan yang tidak lagi berfaedah.
Untuk kajian tersebut, penyelidik di Boston University menemubual pesakit menerusi telefon dan menilai kesihatan lebih daripada 500 wanita dan 200 lelaki yang telah mencapai usia 100 tahun.
Secara kasar, kajian yang diketuai oleh Dr. Dellara Terry dan rakan-rakannya itu, mendapati dua pertiga daripada mereka telah menghindari signifikan penyakit berkaitan umur.
Tetapi selebihnya pernah menghidap penyakit sewaktu lewat usia sebelum mencecah 85 tahun termasuk tekanan darah tinggi, jantung atau diabetes.
Antara faktor utamanya ialah gen yang dimiliki seseorang individu dan gaya hidup sihat yang dijalaninya.
Sumber: Archives of Internal Medicine (http://www.arc hinternmed.com)
No comments:
Post a Comment