Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, November 3, 2009
Empat fungsi-fungsi asas bagi pengurus
1. Perancangan
Tetapkan matlamat sesebuah organisasi dan membimbing anggota-anggota yang lain dengan jalan yang terbaik untuk mencapai matlamat tersebut. Perancangan yang memerlukan maklumat tepat, adil dan membuat keputusan perlu dilakukan oleh seorang pengurus agar aktiviti pekerja konsisten dengan matlamat organisasi. Melalui perancangan, pengurus berupaya melihat dan mengurangkan risiko yang dihadapi seperti ekonomi, sosial, faktor-faktor teknologi dan sebagainya.
2. Penyusunan
Penyusunan merupakan kerja-kerja menstruktur organisasi untuk mencapai matlamat. Seorang pengurus perlu memastikan yang aktiviti-aktiviti bagi pelbagai kumpulan adalah bersepadu dan terselaras supaya terwujudnya kesefahaman. Penyusunan juga bermaksud menghasilkan satu struktur organisasi yang bersesuaian dengan kehendak matlamat. Struktur tersebut tidak semestinya tetap tetapi hendaklah sentiasa berubah mengikut kesesuaian kehendak organisasi.
3. Pengarahan
Seorang pengurus harus mewujudkan komunikasi dan kerjasama yang baik di mana semua orang akan komited terhadap objektif umum. Dia harus dapat membimbing keseluruhan pasukan untuk mencapai matlamat organisasi.
4. Pengawalan
Langkah mesti diambil untuk menetapkan mutu kerja dan mengenalpasti masalah-masalah dalam organisasi. Satu sistem harus diwujudkan bagi menilai prestasi pekerja menurut piawaian-piawaian kerja seperti yang telah ditetapkan oleh organisasi dan badan-badan piawaian seperti SIRIM dan ISO.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment