Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 13, 2009

Telok Dalam dan Telok Belanga

Pantai Telok Dalam (imej dari mycuti.blogspot.com)

Pantai Telok Belanga (imej dari manilenio.com)

Telok Dalam dan Telok Belanga merupakan pantai perkampungan nelayan dan merupakan pintu masuk pengunjung ke Hotel Pan Pacific.

Tarikan utama di sini adalah melalui tradisi dan cara hidup masyarakat nelayan berbilang kaum yang membina rumah di persisiran pantai.

Ia menjadi daya tarikan pelancong terutamanya pelancong asing untuk merasai suasana sebenar aktiviti penangkapan ikan dan cara hidup masyarakat nelayan. Pantai ini landai, airnya jernih dan serba menawan.

Di Pantai Telok Belanga atau Pantai Golden Sand yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Puteri Dewi pula terletaknya Hotel Pan Pacific yang bertaraf antarabangsa dan terkenal.

Sesuai untuk berbagai aktiviti sukan air seperti luncur angin, luncur air, kanu, snorkeling, berbasikal, memancing dan lain-lain.

Sumber: Sinar Harian

No comments: