
Pada tahun 1877, Sultan Abdullah dibuang oleh Inggeris ke Pulau Seychelles selepas dibicarakan atas tuduhan campur tangan dalam pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak bersama-sama Pembesar Perak, Dato' Maharaja Lela dan Dato' Sagor.
Pada tahun 1894, Sultan Abdullah dibenarkan menetap di Singapura kemudian berpindah ke Pulau Pinang.
Pada tahun 1922, baginda dibenarkan pulang ke Kuala Kangsar. Baginda mangkat di Kuala Kangsar pada tahun tersebut dan dimakamkan di Bukit Chandan. Almarhum digelar 'Marhum Habibullah'.
**Imej dari sultan.perak.gov.my
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment