Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, October 13, 2009

Persatuan Puteri Islam Malaysia


Latar Belakang

Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan badan beruniform yang bergerak secara sukarela di sekolah rendah, menengah, maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

PPIM ditubuhkan bertujuan membimbing Muslimah ke arah penyuburan dan pengembangan potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Sejarah

PPIM bermula pada sekitar 60-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) dan keanggotaannya ketika itu hanya dibuka untuk pelajar sekolah menengah. Kurikulumnya berkisar kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM secara rasmi dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Ke-6, Almarhumah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajjah Afzan Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah. Majlis pelancaran PPIM selamat disempurnakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

No comments: