Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 8, 2009

Pekan Gurney

Pekan Gurney pada asalnya terdiri dari beberapa buah perkampungan kecil, iaitu Kampung Simpang Dua, Kampung Simpang Tiga, Kampung Simpang Lima dan Kampung Simpang Enam.

Penduduknya terdiri dari bangsa Cina dan Melayu.

Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1942, Parti Komunis Malaya (PKM) berkuasa dan ahlinya kebanyakannya terdiri daripada orang Cina.

Mereka membuat huru-hara dan membakar rumah orang yang menentang mereka.

Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin oleh Chin Peng telah menakutkan orang Melayu dan menyebabkan mereka berpindah ke Kampung Sitiawan, Kampung Serdang dan di Perkampungan Lekir serta menjual tanah mereka kepada orang Cina.

Walaupun begitu tidak semua orang Cina suka kepada Parti Komunis Malaya dan lari untuk menetap di Kampung Koh.

Komunis bermaharajalela dan Balai Polis Simpang Tiga telah ditawan.

Setelah Inggeris berkuasa, orang Cina dikumpulkan di beberapa tempat iaitu di Simpang Tiga, Simpang Dua dan Simpang Lima.

Anggota polis juga ditempatkan semula dan rancangan ini ditentukan oleh Pesuruhjaya Polis, Sir Henry Gurney. Kawalan ketat telah dikenakan.

PKM mulai lemah dan tidak mendapat sokongan daripada orang Cina.

Mereka yang kekal dalam Parti Komunis Malaya lari ke hutan bersempadan dengan Thailand dan ada juga yang menyerah kepada pihak berkuasa.

Sempena jasa Pesuruhjaya Polis Sir Henry Gurney, Kampung Simpang Tiga ditukar namanya sempena nama Pesuruhjaya Polis tersebut dan dikenali sebagai Pekan Gurney.

Sumber: Sinar Harian

No comments: