Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 28, 2009

Parit

Masjid Jamek Parit (imej dari adi27mac1990.blogspot.com)

Parit ialah sebuah pekan yang terletak dalam pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Bota Kanan, Perak Darul Ridzuan.

Parit terletak berdekatan dengan Tronoh, Seri Iskandar, Bota, Pusing, Beruas dan juga Batu Gajah.

Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.

Majlis Daerah Perak Tengah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979.

Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa tempatan seluruh Malaysia.

Sumber: Sinar Harian

No comments: