Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 28, 2009

Berjihad pada jalan Allah

Dari Abu Said Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:

"Sesiapa meredhai Allah SWT sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya, pastilah baginya Syurga." Abu Said merasa tertarik dengan perkataan itu lalu berkata "Ulangilah wahai Rasulullah." Rasulullah lalu mengulangi sabdanya, kemudian Baginda bersabda pula: "Dan yang lain lagi, Allah mengangkat seorang hamba seratus darjah di dalam Syurga, dan jarak bagi tiap-tiap darjat adalah seperti jarak antara langit dengan bumi." Berkata Abu Said, "apakah dia wahai Rasulullah?" Sabdanya: "Berjihad pada jalan Allah. Berjihad pada jalan Allah."

(Riwayat Muslim)

Kesimpulan dan pengajaran
  1. Tiga perkara yang menjamin manusia dapat masuk Syurga ialah menyembah Allah Yang Maha Esa dan tidak menyekutukan-Nya, menerima Islam sebagai agama amali untuk dunia dan akhirat dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah dengan mengikut ajaran dan contoh tauladan yang disampaikannya.
  2. Berjihad di jalan Allah adalah wajib bagi tiap-tiap orang Islam, di mana mereka dijanjikan akan mendapat ganjaran yang tinggi dan baik di akhirat kelak.
  3. Berjihad memerlukan kesungguhan dan pengorbanan dalam semua bidang mengikut kesanggupan dan keupayaan, baik di dalam atau di luar diri sendiri. Berjuang melawan musuh dalam diri adalah lebih didahulukan kerana ini akan dapat menjamin kemenangan menentang musuh-musuh di luar diri.
  4. Semua bentuk jihad dalam semua bidang mengikut keupayaan masing-masing dalam menegakkan kalimat Allah adalah dijamin mendapat darjat yang tertinggi di dalam syurga dan di akhirat kelak.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab

No comments: