Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 15, 2009

Bahtera Nabi Nuh a.s. siap dibina

Sekadar gambar hiasan

Setelah bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. siap, Allah SWT memerintahkan Nabi Nuh a.s. mengisikannya dengan berbagai jenis binatang yang ada di bumi ini secara berpasang-pasang. Allah juga menyuruh Nabi Nuh a.s. bersama pengikut-pengikutnya yang beriman untuk menaiki bahtera tersebut.

Nabi Nuh a.s. menghimpunkan binatang-binatang sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT, seekor jantan dan seekor betina dari tiap-tiap jenis seperti gajah, lembu, kucing dan anjing hingga ke singa dan harimau. Termasuk juga jenis burung seperti ayam, itik, angsa dan lain-lain. Nabi Nuh a.s. juga turut menyertakan binatang-binatang yang melata dan berbisa seperti ulat, lipan, kala jengking, kura-kura dan sebagainya.

Nabi Nuh a.s. menempatkan binatang-binatang itu ke dalam satu petak di tingkat bawah. Nabi Nuh a.s. juga membawa bekalan makanan yang meliputi keperluan segenap penghuni bahtera itu. Nabi Nuh a.s. juga tidak lupa menyimpan biji benih segala jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi.

Setelah itu Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s. dan pengikut-pengikutnya menaiki bahtera itu. Mereka semua menuruti perintah tersebut kecuali isteri dan anak Nabi Nuh a.s. kerana mereka engkar terhadap ajaran Nabi Nuh a.s. dan tidak mahu beriman kepada Allah SWT. Setelah Nabi Nuh a.s. dan pengikut-pengikutnya menaiki bahtera itu, pintu bahtera pun ditutup.

Sumber: Kitab Tuntutan Ibadat susunan Syeikh Ali b. Abdullah Baldram Ali Baldram

No comments: