Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 16, 2009

Amalan yang paling dikasihi Allah

Daripada Aisyah r.a. katanya, bahawa Rasulullah SAW menjadikan tikar anyaman pelepah tamar sebagai dinding di waktu malam, lalu Baginda bersembahyang. Pada waktu siang Baginda menghamparkan tikar itu dan duduk di atasnya. Orang-orang pun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu mereka bersembahyang sepertinya, hingga kemudiannya bilangan mereka menjadi ramai. Rasulullah datang menemui mereka dan bersabda:

"Wahai manusia, buatlah amalan setakat yang kamu mampu. Bahawasanya Allah tidak jemu sehinggalah kamu berasa jemu, dan sesungguhnya amalan yang paling dikasihi Allah ialah amalan yang berkekalan sekalipun sedikit."

(Riwayat Bukhari)

Kesimpulan dan pengajaran
  1. Nabi Muhammad SAW mengajar umat Islam supaya hidup secara mudah dan tidak perlu kepada upacara yang berat-berat atau persediaan-persediaan yang istimewa untuk beribadat kepada Allah SWT seperti sejadah, kain sarung, kopiah putih dan sebagainya.
  2. Sahabat-sahabat cuba mengikut Rasulullah SAW bersembahyang malam hingga Rasulullah SAW memberi arahan dan panduan beribadat, iaitu buatlah amalan setakat yang mampu dan jangan dipaksa-paksa diri, kerana Allah SWT tidak mengurangkan limpah kurniaNya selama hambaNya terus-menerus beribadat kepadaNya.
  3. Amalan yang paling dikasihi Allah ialah amalan yang berkekalan walaupun sedikit. Bukan sekali-sekala walaupun banyak, apa lagi kalau yang sekali-sekala itu sedikit pula.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj Abdullah Hj Abd Wahab

No comments: