Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, September 30, 2009

Memakai penutup muka bukan satu-satunya kaedah halang H1N1

Kesedaran umum tentang selsema babi atau Influenza A (H1N1) semakin meningkat dan orang ramai dapat dilihat memakai penutup muka dalam usaha menghalang penularan virus H1N1 di negara ini.

Mereka dilihat memakai penutup muka surgikal di tempat-tempat ramai pengunjung seperti hospital, pasar raya besar dan pusat membeli-belah.

"Budaya memakai penutup muka untuk menghalang penularan H1N1 serta penyakit respiratori adalah amalan baik tetapi orang ramai janganlah menganggap amalan ini sebagai satu-satunya cara menghalang merebaknya H1N1," kata seorang pegawai Bahagian Kawalan Jangkitan sebuah institusi kesihatan awam kepada penulis di satu seminar mengenai H1N1 di ibu kota.

Pegawai itu adalah antara peserta di Persidangan Pandemik Influenza A (H1N1) Kebangsaan 2009 yang diadakan pada 12 September lalu. Seminar satu hari itu dianjurkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM).

"Hanya mereka yang sakit perlu memakai penutup muka dan mereka yang dijangkiti virus ini tidak sepatutnya berada di luar rumah, tetapi sebaliknya mereka yang sakit ini telah pergi ke merata tempat.

"Mereka sepatutnya dikuarantin di rumah untuk menghalang daripada menjangkiti orang lain jika mereka yang sakit pergi ke tempat awam. Di rumah, mereka perlu memakai penutup muka kerana ada orang lain seperti anggota keluarga," katanya.

Salah faham yang timbul ialah ada orang yang mengganggap bila pakai penutup muka ini, mereka yang sakit pun boleh pergi ke mana-mana mereka mahu, kata pegawai itu.

"Nasihat saya pada mereka yang sakit, tak perlulah keluar dari rumah dan kuarantin diri sendiri. Ini membantu menghalang penyakit daripada menular kepada orang lain," katanya.

Jarak satu meter

"Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter daripada sesiapa yang mempunyai tanda-tanda selsema. Penggunaan penutup muka boleh membantu menghalang jangkitan, tetapi kalau salah penggunaannya, risiko mungkin meningkat," kata Dr. T. C. Lim, seorang lagi peserta seminar itu.

Katanya, kalau penutup muka diguna, langkah ini perlulah seiring dengan kaedah lain untuk menghalang jangkitan H1N1 dari manusia ke manusia.

Dr. Lim berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan beberapa langkah lain seperti:
  • elak dari menyentuh mulut dan hidung
  • basuh tangan lebih kerap dengan sabun dan air atau menggunakan sanitiser selepas menyentuh mulut atau hidung serta juga permukaan yang mungkin telah dijangkiti virus
  • kurangkan masa berdekatan dengan orang yang berkemungkinan sakit
  • kurangkan berada di tempat orang ramai berkerumun
  • tingkatkan edaran udara di ruang rumah anda dengan membuka tingkap seberapa yang boleh
  • jangan keluar rumah kalau tidak sihat
Bila perlu pakai penutup muka?

Dr. Lim berkata, orang ramai perlu memakai penutup muka bila mereka menunjukkan simptom jangkitan respiratori (saluran pernafasan) atau demam.

"Juga kalau anda menjaga mereka yang mempunyai simptom penyakit respiratori atau telah menyentuh mereka yang mempunyai simptom sebegini.

"Anda juga perlu memakai penutup muka bila melawat rakan atau ahli keluarga di hospital dan juga tempat-tempat yang ramai orang dan mempunyai aliran udara yang tidak baik," katanya.

Jangan pakai semula penutup muka

Dr. Lim menasihati orang ramai supaya menggantikan penutup muka bila bahan itu telah menjadi lembap atau basah dengan yang baru, bersih serta kering.

"Jangan pakai semula penutup muka yang telah digunakan. Terus buang dan basuh tangan anda sebaik sahaja anda membuang penutup muka yang telah dipakai".

Pemakaian penutup muka hanyalah satu kaedah menghalang infeksi droplet serta jangkitan saluran respiratori. Penjagaan kebersihan diri adalah amat penting, kata beliau.

"Kalau pakai penutup muka pun, anda perlu memastikan tahap kebersihan badan yang baik kerana tiada penutup muka yang boleh memberi perlindungan sepenuhnya," katanya.

Lebih mudarat daripada kebaikan

Seorang lagi peserta seminar yang mahu dikenali sebagai Dr. Wong berkata, beliau nampak ada orang yang memakai penutup muka walaupun tiada orang lain di sekelilingnya. Menurutnya, virus H1N1 tidak hidup di udara.

"Dalam kategori virus yang boleh hidup di udara, virus itu boleh hidup di udara selama beberapa jam atau satu masa yang agak lama berterbangan di udara. Virus H1N1 bukanlah dalam kategori ini," kata Dr. Wong yang bertugas di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

"Kelihatan ramai yang pakai penutup muka di tempat adanya ramai orang. Tetapi tempat-tempat seperti lapangan terbang, kompleks membeli-belah dan sekolah terdapat banyak kuman dan virus. Kalaulah seekor dua kuman dan virus dapat masuk melalui lubang di penutup muka, anda menyediakan satu tempat pembiakan yang baik bagi mikroorganisme ini.

"Ini boleh menyebabkan jangkitan. Kelembapan yang anda keluarkan di penutup muka memberikan satu tempat pengembangan yang baik bagi kuman serta virus membiak," kata beliau.

Halang pendedahan terhadap H1N1

Cara yang terbaik untuk menghalang jangkitan virus H1N1 ialah elak daripada bersentuhan secara fizikal dengan mereka yang sakit atau yang telah dijangkiti. Juga elak menyentuh permukaan yang terdedah kepada sentuhan orang ramai seperti besi penghadang di tangga eskalator, tiang dan pemegang pintu tandas awam.

Virus H1N1 biasanya menjangkiti bila seseorang menyentuh permukaan yang telah dijangkiti virus ini dan menyentuh jari mereka pada hidung, mulut atau mata.

Membasuh tangan dengan kerap adalah perlindungan yang terbaik terhadap pendedahan kepada virus ini.

"Memakai penutup muka hanya boleh menolong menghalang anda daripada menjangkiti orang lain kalau anda telah dijangkiti virus ini," kata Dr. Wong.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Stesen kereta api Slim River

Lintasan kereta api di pekan Slim River

Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Slim River terletak di hujung Jalan Stesen yang dinamakan sempena stesen keretapi ini. Jalan Stesen adalah sebuah jalan utama bagi pusat bandar Slim River. Stesen ini terletak di hujung barat pusat bandar. Di belakang stesen (iaitu di sebelah barat) ialah Kampung Perhentian yang dinamakan sempena perhentian kereta api yang kini digantikan oleh stesen kereta api ini.

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 31

Beghegek

Maksud: cantik/kemas/rapi

Contoh ayat: "Amboi, kemain beghegek mike, ke mana halanya tu?"

Ayat moden: "Amboi, cantiknya, nak ke mana tu?"

Sumber: Sinar Harian

Kempen Beli Barangan

Kempen Beli Barangan adalah susulan daripada kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Penjenamaan semula kempen ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia dengan harga berpatutan dan membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberansangkan.

Ia juga bagi mewujud dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang barang dan perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia setaraf dengan piawaian antarabangsa serta dijual dengan harga berpatutan. Kempen ini berperanan untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk membeli barangan buatan Malaysia yang tidak kurang kualiti berbanding barangan keluaran luar negara.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, September 17, 2009

Lombong bijih timah Rahman Hydraulic

Rahman Hydraulic masih lagi beroperasi menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah sehingga ke hari ini.

Lombong bijih timah yang terbuka ini menggunakan pam hydraulic dan disedut masuk ke dalam palong.

Pemprosesan yang dijalankan di Rahman Hydraulic ini berbeza dengan perlombongan lain yang menggunakan kapal korek dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian

Institusi pengajian di daerah Perak Tengah

Daerah Perak Tengah mempunyai lebih kurang sembilan institusi pengajian sama ada kerajaan atau swasta.

Antara institusi pengajian berkenaan ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Sri Iskandar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Kolej Profesional MARA di Bota, Kolej Komuniti Pasir Salak di Changkat Lada Kampung Gajah, Pusat Giat MARA di Kampung Tok Paduka Raja Kampung Gajah dan Institut Bina Semangat di Jalan Tanjung Tualang.

Sumber: Sinar Harian

Masjid Aziziah

Masjid yang terletak di Batu 10, Hutan Melintang ini menelan belanja RM1.5 juta kos pembinaannya di atas tanah seluas 0.2888 hektar.

Masjid Aziziah ini mula dibina pada 27 Disember 2006 dan siap pada 15 Disember 2007.

Masjid ini mula digunakan oleh masyarakat setempat pada 14 Januari 2008 dan mampu menempatkan sebanyak 600 jemaah pada satu-satu masa.

Kampung dan taman perumahan yang menjadi kariah Masjid Aziziah ini ialah Kampung Sungai Ipel, Ladang Jenderata, Kampung Melayu Batu 10, Kampung Melayu Lorong Tokong Cina, Kampung Mahameru, Taman Desa Bernam, Taman Desa Bernam Baru, Taman Seri Bernam, Taman Ehsan, Taman Cemerlang dan Taman Wawasan.

Masjid ini mempunyai empat imam dan empat bilal serta tiga siak yang menguruskan persekitaran masjid.

Sumber: Sinar Harian

Teluk Batik

Sekarang Teluk Batik merupakan salah satu tempat perkelahan yang popular di negeri Perak

Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula dengan kedatangan kaum Batak dari kepulauan Sumatera di Indonesia.

Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan serta kepunyaan orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Ini tidak terkecuali kaum Batak ini dan ia dinamakan Teluk Batak.

Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut.

Nama Teluk Batak ini ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 April 1974.

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 30

Pepak

Maksud: berselerak/bersepah

Contoh ayat: "Kami ni dari tadi tak ada keghoje lain, suka beno buat pepak".

Ayat moden: "Kamu ni tak ada kerja lain, suka sangat buat benda jadi berselerak".


Chain

Maksud: koyak-koyakkan

Contoh ayat: "Ngape kamu chain keghotaih kakak kamu tu, maghah dia nanti mok tak tau".

Ayat moden: "Kenapa kamu koyak-koyakkan kertas kakak kamu, mak tak tahu kalau dia marah nanti.

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, September 16, 2009

Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda

Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda (imej dari www.seganda.edu.my)

Pada tahun 1981, pihak Lembaga Pengarah Syarikat Gabongan mengadakan perbincangan mengenai berbagai masalah dalam lapangan kebajikan dan pendidikan anak pekerja ladang.

Maka, hasil perbincangan itu pihak Lembaga Pengarah Syarikat Gabongan bersetuju menyediakan sebuah sekolah rendah khas untuk kanak-kanak yang tinggal di seluruh kawasan Kumpulan Ganda. Mereka juga sebulat suara bersetuju menghantar permohonan kepada Penyelia Sekolah Kebangsaan Perak Selatan.

Pada tahun 1982, Pengarah Pelajaran Perak bersetuju menubuhkan sebuah sekolah cawangan sekolah cawangan setelah mendapat maklumat hasil tinjauan dan lawatan oleh Penyelia Sekolah Kebangsaan Perak Selatan.

Pada 1 Februari 1982, SKKG bermula dengan bilik pejabat Syarikat Gabongan dijadikan sebagai bilik darjah.

Pada mulanya, SKKG adalah sekolah cawangan kepada SK Changkat Jong (SKCJ) yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Ladang Ganda.

SKKG bermula dengan sebuah bilik darjah Tahun Satu dengan seramai 69 orang dan tiga guru iaitu seorang guru bertindak sebagai wakil guru besar sekolah cawangan SKCJ.

Kemudiannya, pada tahun 1983, seramai 25 murid Tahun Tiga dipindahkan dari SKCJ ke SK Kumpulan Ganda cawangan SK Changkat Jong.

Pada 22 Mei 1983, Menteri Besar Perak, Ramli Ngah Talib merasmikan bangunan baru SK Kumpulan Ganda cawangan SK Changkat Jong.

Pihak ladang menyerahkan tanah seluas empat hektar untuk pembinaan sekolah yang lebih besar lagi pada masa hadapan.

Pada 1 Januari 1985, setelah hampir dua tahun menjadi sekolah cawangan SK Changkat Jong, SK Kumpulan Ganda menjadi sebuah sekolah secara rasminya. Bilangan murid mencecah seramai 143 orang dengan lapan guru dan seorang guru agama serta seorang kerani.

Pada masa sekarang, SKKG mempunyai seramai 42 orang pelajar dengan lapan guru termasuk guru besar serta seorang kerani dan seorang par.

Walaupun terletak jauh dalam ladang kelapa sawit, sekolah ini mempunyai kemudahan yang sederhana seperti bekalan elektrik generator dan bekalan air dari perigi yang dibekalkan pihak ladang.

Selain itu, sekolah ini juga mempunyai akses kepada dunia internet melalui penggunaan Sistem VSAT menggunakan gelombang satelit kerana talian telefon tidak dibekalkan.

Sumber: Sinar Harian

Gerik


Gerik adalah sebuah daerah yang bersempadanan dengan dua negeri iaitu Kedah dan Kelantan.

Daerah Gerik adalah yang terbesar di negeri ini iaitu meliputi 31.23 peratus daripada keseluruhan negeri Perak.

Jumlah penduduk bagi daerah ini ialah seramai kira-kira 97,944 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 29

Pontang-panting

Maksud: Lari lintang-pukang

Contoh ayat: "Baghu kena seghogah sikit, udah pontang-panting laghinye bebudak tu".

Ayat moden: "Baru kena sergah sikit, lintang-pukang budak-budak tu lari".


Ghetaih minyak

Maksud: Beg plastik (ghetaih=kertas)

Contoh ayat: "Mike ada ghetaih minyak? Teman nak bubuh kasut-kasut lama ni".

Ayat moden: "Kamu ada beg plastik? Saya nak masukkan kasut-kasut lama ni".

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, September 15, 2009

Badminton

Badminton mula dimainkan sejak zaman Yunani silam dan di Mesir. Di Jepun, sukan ini pula telah mula dimainkan seawal abad ke-16. Di barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock. Sukan ini juga dikenali sebagai Poona di India.

Sukan ini diperkenalkan pada 1873 di Badminton House, Gloucestershire. Pada waktu itu, sukan itu merujuk kepada The Game of Badminton dan sejak itu sukan ini telah dinamakan badminton.

Sehingga 1887, sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club memiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris. Undang-undang asas bagi sukan ini telah dicipta pada 1887. Pada tahun 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan pertama mengikut ketetapan. Pada tahun 1899, Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England telah dianjurkan dan mencatat sejarah sebagai kejohanan badminton pertama dianjurkan di dunia.

Pertubuhan Badminton Antarabangsa (IBF) yang juga dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia telah ditubuhkan pada tahun 1934 dan dianggotai oleh beberapa negara seperti Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland dan Wales. India menyertai pertubuhan ini pada 1936.

Biarpun sukan ini berasal dari England, namun pada hari ini sukan ini didominasi oleh beberapa negara Asia seperti Malaysia, China, Indonesia dan Korea Selatan yang turut memiliki pemain bertaraf dunia.

Kini, sukan ini terus berkembang dengan kemunculan ramai pemain handalan yang menjuarai kejohanan besar badminton yang dianjurkan di seluruh dunia.

Sumber: Sinar Harian

Pelombong Melayu

Lombong bijih timah tradisional

Bijih timah mula dilombong oleh pelombong Melayu pada pertengahan abad ke-18. Kedatangan orang Cina mengubah perlombongan lama yang menggunakan cangkul serta memperbaiki palung ciptaan orang Melayu kepada bahan binaan kayu manakala roda air dan pam rantai digunakan untuk mengeringkan lombong.

Orang Melayu mengusahakan lombong pada musim panas dan menjalankan kerja-kerja melebur pada musim hujan. Mereka mengangkut bijih timah yang dilebur dengan menggunakan gajah atau sampan.

Perusahaan lombong cara Melayu ini disebut oleh orang Barat sebagai lombong lama atau lombong siam kerana mereka mengoreknya dengan kaedah menggali tanah dan mendulang.

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 28

i. Berghonyeh (berair, basah)
ii. Kincah (basuh)

Contoh ayat: "Abih berghonyeh dapor teman buat dek anok deme. Entah ape le gamoknya dikincah deme tu tadi".

Ayat moden: "Habis basah dapur saya dibuat anak-anak awak. Entah apa agaknya yang mereka basuh tadi".


Peghodi

Maksud: belek/amati/teliti/perhati (cuba membaiki sesuatu)

Contoh ayat: "Usah dipeghodi lagi enjin kete tu Mat, kamu tu bukannya tau apa-apa pasei enjin".

Ayat moden: "Jangan diusik enjin kereta tu lagi Mat, kamu bukannya tahu apa-apa tentang enjin".

Sumber: Sinar Harian

Monday, September 14, 2009

Sifat malu

Daripada Abi Hurairah r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:

"Iman lebih 60 cabang, dan malu ialah satu daripada cabang iman."

(Riwayat Bukhari)

Daripada Abi Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Apa yang didapati oleh manusia daripada kata-kata Nabi yang terdahulu ialah apabila engkau tidak malu, buatlah apa yang engkau mahu."

(Riwayat Bukhari)

Daripada Umran bin Husain r.a., Rasulullah SAW telah bersabda:

"Malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali yang baik."

(Riwayat Bukhari)

Kesimpulan dan pengajaran

1. Sifat malu ialah satu cabang bagi kesempurnaan iman.

2. Malu ialah asas didikan bagi kemuliaan akhlak sejak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu hinggalah kepada Muhammad - Nabi yang terakhir.

3. Mereka yang tidak malu tidak akan ragu-ragu melakukan kerosakan dan kedurjanaan. Mereka diancam dengan balasan yang sejajar dengan kelakuan mereka.

4. Malu yang sebenar akan mendatangkan kebajikan, kekuatan, kemajuan dan seterusnya kemuliaan hidup.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj Abdullah Hj Abd Wahab

Kampong Telaga Nanas

Pemandangan di Kampung Telaga Nanas (imej dari lensahijau.fotopages.com)

Kampung ini terletak di tebing kanan Sungai Dinding, lebih kurang 40 kilometer dari bandar Sitiawan.

Kampong Telaga Nanas dibuka oleh Abdul Mutalib Lahad dan saudaranya, Taha Datuk Nakhoda Geroyang serta dua sahabatnya iaitu Raja Ngah dan Pak Sulong Abu pada tahun 1857.

Nama Telaga Nanas diilhamkan daripada sebuah telaga yang agak luar biasa. Airnya amat jernih dan tidak pernah kering walaupun digunakan seluruh penduduk kampung apabila telaga yang lain habis ketika kemarau.

Di tepi telaga itu ada pokok nanas yang sedang berbuah. Buah nanas itu dikatakan mempunyai ukuran yang luar biasa besarnya. Keunikan serta kombinasi dari dua objek iaitu telaga dan nanas ini melahirkan aspirasi untuk menamakan kampung itu sebagai Kampong Telaga Nanas.

Sumber: Sinar Harian

Friday, September 11, 2009

Memberi salam

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

"Demi diriku di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang. Ingatlah, aku tunjukkan kepada kamu satu perkara yang jika kamu lakukan nescaya kamu akan berkasih sayang, iaitu hendaklah kamu saling memberi salam antara sesama kamu."

Riwayat Muslim, Abu Daud dan Al-Tarmizi

Kesimpulan dan pengajaran

1. Iman ialah syarat pertama untuk memasuki syurga, tempat balasan nikmat yang kekal. Sementara syirik pula, sama ada terang (jaliy) atau tersembunyi (khafi) adalah penghalang kepadanya.

2. Orang mukmin adalah bersaudara dan bersahabat sesama mereka. Sejauh mana kesanggupan seseorang melaksanakan sikap bersahabat dan mahabbah sesama mereka, maka sejauh itulah darjah kesempurnaan imannya.

3. Memberi salam adalah jalan menuju kepada mahabbah dan kasih sayang. Ucapan salam adalah lambang yang wajib diamal dan dipelihara oleh seluruh umat muslimin.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan yang disusun oleh Ustaz Hj Abdullah Hj Abd Wahab.

Panduan menjaga pemakanan dan perut

Menghadiri majlis rumah terbuka setiap kali perayaan boleh membuatkan perut kita meragam sekiranya tidak dijaga

1. Apabila makan, elakkan daripada diselang-selikan dengan air. Enzim penghadaman (asid hidroklorik & enzim hempedu serta pankreas) akan menjadi kurang berkesan untuk membuat kerja-kerja penghadaman dan boleh mengakibatkan perut kembung dan sebagainya.

2. Sekali suapan hendaklah dikunyah sebanyak 40 kali kerana enzim air liur akan membantu menghadamkan karbohidrat. Bila mengunyah perlahan-lahan sebegini, makanan yang disumbatkan ke dalam mulut akan menjadi sedikit dan menghadkan pemakanan. Apabila kurang makan maka ia dapat membantu menguruskan badan.

3. Elakkan daripada membaca atau menonton TV sewaktu makan kerana otak kita lambat menghantar isyarat kepada kita apabila perut sudah kenyang. Ini kerana aktiviti yang dilakukan selain makan mengurangkan tumpuan kita terhadap aktiviti makan.

4. Selepas makan, digalakkan untuk berjalan beberapa langkah dan jangan terus duduk berehat. Karbohidrat yang sedang dihadam akan mudah menjadi lemak. Elakkan juga daripada terus memandu selepas makan kerana perut mudah menjadi buncit.

5. Elakkan juga daripada terus tidur selepas makan kerana mudah mendapat penyakit di samping mendapat gangguan sewaktu tidur.

6. Kurangkan memakan sumber protein daripada daging merah, contohnya daging lembu atau kambing. Sebaliknya lebihkan memakan sumber protein daripada daging putih seperti ikan ataupun ayam. Daging putih dapat mengurangkan panas badan, juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti kanser. Elakkan daripada mencampur adukkan makanan dari sumber protein seperti ayam ketika makan, contohnya ikan laut dicampur ikan darat, ditambah pula dengan ayam percik, daging lembu dan air soya. Perbuatan begini memudahkan perut kembung, meragam, sembelit atau mendapat cirit-birit.

7. Dapatkan enzim untuk menghadamkan makanan sekiranya makan daging seperti di majlis kenduri atau jamuan. Enzim penghadaman yang paling mudah ialah nanas kerana ia mempunyai sumber bromelain yang banyak.

8. Kurangkan karbohidrat, lebihkan serat, enzim dan vitamin (daripada sumber yang asli dan bukannya pil vitamin).

**Terima kasih kepada Nizartwork untuk entri ini.

Baju Bugis

Baju perang orang Bugis (imej dari merahsilu.blogspot.com)

Baju ini pernah digunakan oleh pahlawan Melayu dalam siri peperangan antara orang Bugis dan Acheh.

Baju Bugis ini dijadikan koleksi Kota Ngah Ibrahim untuk tujuan perbandingan antara baju pahlawan Melayu.

Daerah Larut sendiri telah memahami tiga tahap peperangan iaitu Perang Larut I, II dan III.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, September 10, 2009

Hak dan kewajipan seorang Muslim

Daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam." Seorang sahabat bertanya: "Apakah dia Rasulullah?" Sabda Baginda: "Apabila engkau menemuinya berilah salam, apabila dia menjemput ke rumahnya hendaklah engkau terima, apabila dia meminta nasihat, berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin lalu memuji Allah dengan "alhamdulillah" maka doakanlah dia dengan "yarhamkallah", apabila dia sakit lawatilah dia, seterusnya apabila dia mati iringilah jenazahnya ke kubur."

(Riwayat Lima)

Kesimpulan dan pengajaran

1. Beberapa kewajipan yang membentuk keperibadian Muslim mesti diamalkan untuk mewujudkan satu masyarakat Islam yang terhormat dan menjadi contoh masyarakat yang baik untuk diikuti.

2. Kewajipan itu ialah mengamalkan rasa hormat antara sesama Muslim dengan memberi salam sewaktu bertemu dan berpisah dengan lafaz "assalamualaikum." Lafaz ini tidak boleh ditukar dengan "selamat pagi" atau lain-lain. Kewajipan-kewajipan yang lain ialah menerima undangan yang bertujuan baik, memberi nasihat apabila diminta, mendoakan ketika seseorang Muslim bersin, menziarahi seseorang Muslim apabila dia sakit dan mengiringi jenazahnya apabila dia meninggal.

Semua enam perkara ini perlu diambil berat oleh orang Islam dan wajib diamalkan supaya dapat terbentuk masyarakat yang mempunyai keperibadian Islam.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan yang disusun oleh Ustaz Hj Abdullah Hj Abd. Wahab

Menteri Pelajaran Malaysia

  1. Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (1955 - 1957)
  2. Mohamed Khir Johari (1957 - 1959)
  3. Abdul Rahman Talib (1959 - 1965)
  4. Mohamed Khir Johari (1965 - 1968)
  5. Tun Abdul Rahman Yakub (1969 - 1970)
  6. Tun Hussein bin Dato' Onn (1970 - 1973)
  7. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1974 - 1978)
  8. Tun Musa Hitam (1978 - 1981)
  9. Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj Daud (1982 - 1984)
  10. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (1984 - 1986)
  11. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1986 - 1991)
  12. Datuk Amar Dr. Sulaiman Hj Daud (1991 - 1995)
  13. Najib Tun Haji Abdul Razak (1995 -1999)
  14. Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad (1999 - 2004)
  15. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2004 - 2009)
  16. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009)
Sumber: Sinar Harian

Perpustakaan Awam Pulau Pangkor

Perpustakaan Awam Pulau Pangkor (imej dari ppikpulaupangkor.blogspot.com)

Perpustakaan Awam Pulau Pangkor dibuka kepada orang ramai pada 2 Januari 2001. Tapak asalnya ialah tanah bersebelahan rumah Penghulu Pulau Pangkor dan dipersetujui sebuah bangunan perpustakaan awam akan dibina di tapak ini.

Bangunan ini dibina dua tingkat dengan keluasan 100 x 100 kaki persegi. Dua kakitangan ditugaskan mengendalikan perpustakaan ini.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah koleksi buku pinjaman dan rujukan untuk dewasa serta kanak-kanak. Majalah dan surat khabar juga disediakan untuk tatapan pengguna.

Perpustakaan ini juga ada menyediakan perkhidmatan komputer dengan kemudahan internet untuk pengunjung yang datang.

Pada masa ini jumlah koleksi yang terkumpul di Perpustakaan Awam Pulau Pangkor ialah sebanyak 7,735. Pada awal pembukaannya koleksi hanya 2,541 sahaja.

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, September 9, 2009

Umat Islam itu bersaudara

Daripada Abdullah ibn Umar r.a., katanya:

"Rasulullah SAW bersabda, "orang Islam adalah saudara kepada orang Islam, ia tidak menzaliminya dan tidak mendedahkannya kepada kebinasaan. Siapa yang menolong hajat saudaranya Allah akan menolong hajatnya, dan siapa yang melepaskan kedukaan seseorang Islam, Allah akan melepaskannya daripada kedukaan pada Hari Kiamat. Siapa yang menutup keaiban seorang Islam, Allah akan menutup keaibannya pada Hari Kiamat."

(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Nasai)


Kesimpulan dan pengajaran

1. Orang Islam adalah bersaudara sesama mereka, tolong menolong dan tidak melakukan kezaliman dan kerosakan kepada kawan-kawan, lebih-lebih lagi bersikap memijak kepala kawan untuk kepentingan diri sendiri.

2. Melepaskan hajat saudara Islam adalah di antara jalan-jalan untuk mendapatkan pertolongan Allah atau untuk Allah memakbulkan doa dan permohonannya.

3. Berusaha bagi menghapuskan kedukaan saudara Islam adalah disuruh dan digalakkan, misalnya menziarahi saudara Islam yang sakit dan membantunya dalam kesulitan. Allah akan membalas usaha-usaha ini dengan memberi ganjaran baik di akhirat.

4. Menyembunyikan keaiban saudara Islam adalah disuruh sebaliknya memberitahu kejahatan dan mencegahnya adalah wajib, demikian pula mendedahkan kejahatan untuk menjadi panduan dan tauladan adalah diharuskan.

5. Orang Islam diarahkan supaya sedia bekerjasama dalam perkara-perkara kebajikan dan dalam amalan-amalan yang diredai Allah.

Dipetik dari buku 40 Hadis Pilihan susunan Ustaz Hj. Abdullah Hj. Abd. Wahab.

Catur

Catur adalah sejenis permainan berpapan bersaiz 8x8 yang mempunyai 64 petak berselang seli warnanya iaitu terang dan gelap. Setiap pemain akan menyusun dua baris buah catur yang kesemuanya berjumlah 16 buah.

Pihak lawan juga menyusun buah catur yang sama cuma warnanya sahaja yang berlainan. Buah catur ini boleh digerakkan ke hadapan, berbentuk L dan sebagainya mengikut pergerakan buah yang ingin kita gerakkan.

Setiap pemain akan mempunyai lapan bidak (pawn), dua satria (knight), dua gajah (bishop), dua tir (rook), satu permaisuri (queen) dan satu raja (king). Semua buah catur boleh digerakkan ke mana sahaja mengikut jenis buah berkenaan dan pada masa yang sama berusaha mengeluarkan buah catur pihak lawan.

Permainan ini sama seperti bermain dam yang selalunya dimainkan oleh penduduk khasnya di kedai-kedai kopi. Bagaimanapun, permainan catur dianggap lebih berkelas berbanding permainan dam. Hal ini kerana permainan catur mempunyai pertandingan yang tersendiri bagi penggemarnya berbanding permainan dam yang dimainkan secara suka-suka.

Seorang pemain akan mengawal buah catur putih manakala lawannya akan mengawal buah catur berwarna hitam. Pemain yang mengawal buah catur berwarna putih selalunya akan menjadi pemain pertama untuk melakukan gerakan.

Dalam permainan catur, apabila raja terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari buah catur pihak lawan, maka pemain berada dalam keadaan check mate. Menyekat check mate atau mengambil buah catur pihak lawan adalah dibenarkan.

Sasaran utama permainan ini adalah untuk check mate pihak lawan di mana raja berada dalam check dan tiada gerakan yang boleh dibuat.

Sementara itu, dalam satu-satu pertandingan, dua pemain untuk setiap perlawanan manakala masa penyediaan lebih kurang satu minit.

Masa bermain pula bagi permainan biasa tanpa kawalan biasanya berakhir kira-kira 10 hingga 60 minit. Dalam perlawanan catur ia mengambil masa berakhir kurang daripada kurang 10 minit (catur kilat) hingga enam jam atau lebih.

Sumber: Sinar Harian

Bola Sepak

Bola sepak ialah sukan sepasukan yang popular di dunia.

Badan pentadbiran bola sepak dunia dipanggil FIFA atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fédération Internationale de Football Association).

Menurut FIFA, permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di China sejak abad ketiga sebelum Masehi. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.

Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan untuk memudahkan pemain.

Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan pada tahun 1863 oleh beberapa kelab bola sepak.

Persatuan itu berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi undang-undang bola sepak hari ini.

Kini, urusan undang-undang bola sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa. Lembaga ini ditubuhkan pada tahun 1886 dan mempunyai lapan ahli iaitu empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak dari England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan undang-undang perlu diluluskan oleh lembaga ini melalui undian majoriti.

Populariti telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini bola sepak telah menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium.

Mengikut kajian yang dilakukan FIFA, badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan pada musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelosok dunia.

Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum membantu penyebaran dan tumbesaran popularitinya.

Sumber: Sinar Harian

Adab makan mengikut Rasulullah SAW

Makan dengan tangan

Makan dengan menggunakan tangan dapat membantu proses penghadaman. Bagaimana ia berlaku?

Mengikut cara Rasulullah SAW, Baginda akan menggaulkan lauk dan nasi (atau roti) dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkannya sebentar, lalu Rasulullah akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya dan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi (atau roti) dan lauknya.

Kedua belah tangan manusia akan mengeluarkan tiga enzim dan enzim yang ada di sebelah tangan kanan itu dapat menolong proses pertama penghadaman. Sebab itulah kita digalakkan menggunakan tangan kanan untuk makan.

Perbuatan Rasulullah menghisap garam pula kerana ia adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari itu adalah sama dengan satu liter air mineral.

Selain dari sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan.

Cara mengunyah

Rasulullah akan mengunyah makanan sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan itu.

Cara minum

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh kerana makruh menghampiri kepada haram.

Jangan minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas ketika sedang minum. Apabila minum dari bekas yang besar, lumrahnya seseorang itu akan meneguk air dan dalam proses itu, tentu akan menghembuskan nafas dari hidung kita. Apabila perkara itu berlaku, nafas yang dihembuskan akan mengeluarkan CO2 iaitu gas karbon dioksida yang apabila bercampur dengan H2o iaitu air akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, sekali gus menyebabkan minuman itu menjadi asid.

Sumber: Sinar Harian

Kaabah

Mengikut kajian yang dibuat cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati tempat terletaknya Kaabah sekarang ini di Mekah adalah betul-betul di tengah bumi.

Kaabah berbentuk segi empat kerana ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, adil dan bersatu, tidak seperti bentuk piramid yang diumpamakan seperti hanya seorang pemenang yang berada di atas setelah ia memijak-mijak yang lain.

Bentuk segi empat itu juga melambangkan kebenaran empat imam besar iaitu Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, September 8, 2009

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Mohd Taib

Sekolah ini ditubuhkan pada 16 April 1988 dengan nama Sekolah Menengah Chemor.

Sebelum berpindah ke bangunan sendiri pada 25 Mac 1991, sekolah ini ditempatkan di bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Pada 25 Jun 1999, nama sekolah ini ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Mohd Taib sempena nama seorang tokoh usahawan yang disegani di Perak.

Kebanyakan pelajar yang datang belajar di sekolah ini datang dari Kampung Ulu Kuang, Kampung Che Zainal, Kampung Baru Tanah Hitam, penduduk ladang-ladang getah berhampiran, Kampung Baru Kuala Kuang, Kampung Ulu Chepor dan Taman Klebang, Chemor.

Sekolah ini dahulunya menjalankan dua sesi persekolahan tetapi pada tahun 2002, setelah dua bangunan baru siap dibina, membolehkan hanya satu sesi persekolahan dijalankan.

Bagaimanapun, pada tahun 2004, akibat daripada pertambahan pelajar Tingkatan Satu, sekolah ini terpaksa mengadakan semula dua sesi persekolahan.

Sumber: Sinar Harian

Seberang Perak

Seberang Perak terletak di sebelah kiri Sungai Perak, berdekatan dengan Teluk Intan, Kampung Gajah dan Pasir Salak.

Tidak ada lokasi secara khusus dinamakan Seberang Perak kerana istilah 'seberang' merangkumi Sungai Dedap, Bukit Chawi, Changkat Lada, Felcra Kampung Kandang dan Stesen 4 Seberang Perak.

Nama Seberang Perak adalah cantuman dua kata iaitu seberang bermaksud di sebelah depan sungai, manakala perak pula sejenis permata yang berkilau yang kelihatan di dasar sungai. Sebenarnya kilauan permata yang dilihat di dasar sungai itu ialah 'bijih timah'.

Sumber: Sinar Harian

Kapal selam

Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut 'navy' memiliki kapal selam.

Kapal selam juga digunakan untuk sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak dapat diselami oleh manusia.

U-Boat

U-Boat adalah ringkasan bagi Unterseeboot (jika diterjemahkan secara terus ke bahasa Melayu bermaksud 'bot bawah laut'), nama Jerman untuk kapal selam Jerman (mula digunakan dalam Perang Dunia Pertama). Salah satu pesawat selam yang lain adalah loceng selam.

Kapal selam penyelidikan

Kapal selam saintifik dan perdagangan.

Bathysphere

Kebiasaannya, kapal selam biasanya merujuk kepada kapal selam ketenteraan, pesawat untuk penyelidikan atau perdagangan dirujuk sebagai pesawat selam.

Loceng selam

Kapal selam bukan ketenteraan biasanya lebih kecil berbanding kapal selam tentera. Terdapat pesawat selam jenis tanpa enjin yang dipanggil bathysphere. Sebelum bathyshpere, loceng selam, berbentuk loceng dalam air dengan lantai terbuka. Udara dipam masuk oleh orang di atas kapal bagi membenarkan penyelam tinggal lebih lama di bawah air.

Kapal selam pelancong

Kapal selam pelancong digunakan kebanyakannya di kawasan pelancongan biasa. Pada tahun 1996, terdapat lebih 50 kapal selam persendirian beroperasi di sekeliling dunia, berkhidmat untuk membawa anggaran dua juta penumpang setiap tahun.

Kebanyakan kapal selam tersebut membawa antara 25 sehingga 50 penumpang pada satu masa dan melakukan 10 atau lebih penyelaman setiap hari. Kebanyakan kapal selam ini meminjam reka bentuk kapal selam penyelidikan, mempunyai tingkap besar untuk penumpang melihat dan meletakkan kebanyakan perkakasan di luar lunas untuk menjimatkan ruang dalaman.

Bagaimanapun, tempat duduk kapal selam penumpang juga sempit, kebanyakannya berkuasa bateri dan sangat perlahan.

Kapal selam tentera

Kemungkinannya terdapat lebih banyak kapal selam tentera beroperasi berbanding kapal selam jenis lain, walaupun sukar untuk mendapatkan jumlah sebenar kerana tentera laut berahsia mengenai angkatan kapal selam mereka.

Kapal selam amat berguna kepada tentera kerana ia mampu menghampiri mangsa mereka tanpa dikesan, kemudian menyerang pada jarak dekat. Banyak perhatian diberikan dalam reka bentuk kapal selam untuk membolehkan mereka bergerak dalam air secara senyap untuk menghalang ia dikesan oleh kapal musuh dan kapal selam.

Kapal selam moden berbentuk cerut. Reka bentuk ini yang dikenali sebagai 'badan titisan air', direka menurut badan ikan paus. Ia mengurangkan geseran antara air dan badan kapal selam dengan banyaknya, dan membenarkan kapal selam untuk bergerak lebih pantas berbanding kapal selam sebelumnya.

USS Albacore

Kapal selam USS Albacore merupakan kapal pertama mempunyai bentuk titisan air (teardrop). Dengan menggunakan kuasa yang dibekalkan oleh reaktor nuklear kapal selam moden mampu kekal di bawah air hampir sepenuh masa, dan timbul hanya apabila diperlukan.

Menara pada atas kapal selam mengandungi periskop dan layar elektronik (electronic mast) yang termasuk radio, radar, peralatan peperangan elektronik (electronic warfare) dan sistem lain.

Sumber: Sinar Harian

Balai Polis Pantai Remis

Balai Polis Pantai Remis (imej dari polisperak.rmp.gov.my)

Balai Polis Pantai Remis di bawah pentadbiran Polis Daerah Manjung.

Balai Polis Pantai Remis dibina pada Disember 1979 dan dirasmikan pada 29 November 1980. Sebelum Balai Polis Pantai Remis dibina kawasan tersebut asalnya adalah hutan berpaya.

Jumlah penduduk pada ketika itu seramai 49,890 orang. Jumlah keseluruhan penduduk dimonopoli oleh kaum Cina iaitu 26,250 orang, Melayu 14,700 orang, India 8,925 orang dan kaum lain hanya 15 orang.

Sumber: Sinar Harian

Loghat Perak 27

Pengkor

Maksud: senget/membengkok ke arah dalam/kengkang

Contoh ayat: "Apa ke heynya yob, udah depan gol buleh sepak keluor bola tu, pengkor gamaknya kamu ye?"

Ayat moden: "Kenapa dengan kamu ni, dah depan pintu gol pun boleh sepak keluar bola tu. Kengkang agaknya kamu ye?"


Ngelejat

Maksud: menggelupur akibat terlalu seronok atau sakit

Contoh ayat: "Apa ke hey ngelejat bebenor si Man tu? Kena loteri ke?"

Ayat moden: "Kenapa Man tu seronok sangat? Kena loteri ke?"

Sumber: Sinar Harian

Rebana Ubi

Para pemimpin memalu Rebana Ubi sebagai simbol perpaduan (imej dari Bernama)

Rebana Ubi adalah sejenis alat muzik yang dikelaskan sebagai gendang dan dimainkan dengan cara dipukul dengan pemalu. Rebana Ubi lebih besar dari rebana biasa. Diameter rebana ubi adalah sekurang-kurangnya 70 cm dan tingginya hampir satu meter. Bergantung kepada saiznya, rebana ubi boleh digantung melintang atau diletakkan di atas lantai.

Pada masa dahulu, rebana ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan atas bukit dan dimainkan mengikut rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, dari pengumuman majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya.

Kini, Rebana Ubi hanya digunakan dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu.

Penyerang

Pemain yang memakai jersi nombor 10 merupakan penyerang atau dikenali juga sebagai striker

Penyerang adalah pemain dalam sebuah pasukan bola sepak.

Pemain di posisi tersebut merupakan pemain paling hampir dengan kawasan gol pemain lawan dan ditugaskan untuk menjaringkan gol.

Posisi itu lebih kepada menyerang berbanding bertahan dan mampu menghasilkan banyak gol berbanding pemain lain.

Mereka yang bermain di posisi berkenaan lebih dikenali dan merupakan pemain termahal dalam sesebuah pasukan.

Dalam formasi bola sepak moden masa kini, selalunya terdapat satu hingga tiga penyerang, dua penyerang sering digunakan.

Jurulatih selalunya meletakkan seorang penyerang pada posisi paling hadapan (penyerang tengah) dan seorang bermain sebagai penyerang kedua untuk melakukan hantaran dan jaringan gol.

Sumber: Sinar Harian

Pusat Kegiatan Guru

PKG Seri Ampang yang terletak di Kuarters Institusi Pendidikan Bercham, Ipoh (imej dari pkgseriampang.org)

Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

PKG berkonsepkan perkhidmatan berkelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan.

Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu daerah pendidikan.

Sumber: Sinar Harian

Muzium Arkeologi Lenggong

Muzium Arkeologi Lenggong (imej dari pdtlenggong.perak.gov.my)

Muzium Arkeologi Lenggong atau dikenali sebagai Muzium Arkeologi Kota Tampan terletak di sebuah kawasan bekas ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan, Mukim Temelong, Lenggong.

Muzium ini berada dalam daerah Hulu Perak iaitu 8 kilometer ke selatan dari pekan Lenggong dan 2 kilometer dari jalan raya Kuala Kangsar - Grik.

Keluasan keseluruhan kawasan muzium ini dianggarkan seluas 3.2 hektar.

Sumber: Sinar Harian

Friday, September 4, 2009

Dialek yang kurang diketahui

Chamicuro

Menurut satu kajian pada tahun 2008, hanya ada lapan orang yang berbicara Chamicuro. Bahasa ini kebanyakan dipakai untuk percakapan negara Peru dan dianggap sebagai bahasa yang kritis dan membahayakan. Kebanyakan orang yang berbicara bahasa Chamicuro adalah orang yang sudah tua. Tidak ada anak-anak yang boleh berbicara Chamicuro kerana mereka telah diajar dengan bahasa Sepanyol. Bagaimanapun, mereka yang fasih berbahasa Chamicuro boleh membuat kamus daripada terminologi mereka.


Dumi

Bahasa dari Nepal ini pada umumnya digunakan dalam percakapan di daerah Tap dan Rava Rivers iaitu di pergunungan Khotang District, yang terletak di bahagian timur Nepal. Bahasa Dumi merupakan suatu bahasa Kiranti, iaitu sebahagian daripada bahasa keluarga Tibeto-Burman.


Ongota

Pada tahun 2008, bahasa Ongota hanya ada enam penutur asli yang mengetahui dan menggunakan bahasa ini dan kesemua mereka adalah orang-orang tua. Seorang profesor dari Universiti Addis Ababa di Etiopia yang belajar Ongota menyimpulkan bahawa bahasa ini mengikut struktur pokok, objek dan kata kerja. Ongota disebut sebagai bahasa Afro-Asiatic.


Liki

Liki adalah suatu bahasa yang digunakan dalam percakapan mulai dari pantai Sarmi Utara, Kabupaten Jayapura dan Kecamatan Sarmi, kepulauan dekat Indonesia. Pada tahun 2007, kajian menunjukkan hanya ada lima orang yang menggunakan bahasa ini. Pada masa lalu, bahasa ini adalah bahasa percakapan untuk pejabat gereja lokal yang tinggal di daerah itu. Bahasa ini tidak hanya mempunyai satu asal, oleh sebab itu bahasa ini dikatakan Austronesian, Melayu-Polinesia, Central-Eastern, Ketimuran Guinea Melayu-Polinesia, Oceanic, Western Oceanic, North New Guinea, Sarmi-Jayapura Bay dan Sarmi.


Njerep

Njerep adalah suatu bahasa Bantoid di Nigeria. Bahasa ini pernah menjadi bahasa Kamerun tetapi ia tidak lama. Hari ini, bahasa ini telah digantikan oleh bahasa Mambila seperti Ba Dan Mvop. Menurut kajian pada tahun 2007 hanya ada empat orang yang masih berbicara Njerep.


Lemerig

Digunakan di Vanuatu, pulau di selatan Lautan Pasifik sekitar 1,000 mil ke timur Australia dan Australia Utara. Bahasa ini digunakan juga di Vanua Lava Island. Hanya ada dua orang yang menguasai bahasa ini.


Kaixana

Bahasa ini pernah menjadi bahasa desa di Sungai Japura, yang terletak di Brazil. Dari semasa ke semasa, bahasa Portugis mengambil alih bahasa ini di kawasan itu. Dahulu, hampir 200 orang dapat berbicara bahasa tersebut, tetapi menurut kajian pada tahun 2006 menunjukkan bahawa hanya seorang yang masih berbicara Kaixana.


Taushiro

Taushiro adalah satu bahasa asli dari negara Peru, di daerah Sungai Tigre, Sungai Aucayacu, yang mana adalah salah satu anak Sungai Ahuaruna. Bahasa ini dikenal sebagai bahasa mengisolasikan, bererti bahasa ini tidak mempunyai hubungan yang dapat dibuktikan dengan bahasa lain. Mereka yang berbicara bahasa ini pada umumnya hanya ada seorang.

Sumber: Sinar Harian

Changkat Tin

Menurut sejarah awal, asal nama Changkat Tin ialah daripada perkataan 'timah' yang banyak terdapat di kawasan terbabit pada ketika itu dan ia telah diubah kepada sebutan Inggeris 'tin', maka terjadilah Changkat Tin.

Kawasan ini dibuka sekitar tahun 1941 oleh Allahyarham Kulub Wahab dan beberapa keluarga yang lain ketika mereka melarikan diri dari kekejaman tentera Jepun yang berkuasa di kawasan Chenderong pada ketika itu.

Pada tahun 1943, bila Inggeris memerintah semula Malaya, Syarikat Lower Perak Tin Dredging telah memulakan perlombongan bijih timah dan ia telah membuka peluang kepada orang-orang dari luar berhijrah untuk menetap dan bekerja di kawasan tersebut.

Kini bekas-bekas lombong telah diusahakan oleh penduduk sekitar dengan ternakan itik dan ikan air tawar serta aktiviti pertanian turut semakin berkembang.

Sumber: Sinar Harian

Thursday, September 3, 2009

Olahraga luar

Musim acara trek dan padang luar biasanya bermula pada musim bunga dan berakhir pada musim panas.

Kebanyakan trek adalah berbentuk bujur 400 meter dalam lilitan.

'Trek tartan' moden atau 'trek mondo' yang lebih baru diperbuat dengan satu permukaan diturap dengan getah, trek lebih lama adalah diliputi silinder.

Trek biasanya terdiri daripada 6 hingga 10 lorong (sehingga 12 lorong di 'front straight') termasuk satu lorong halangan lumba kuda dengan lubang air pada satu daripada selekoh.

Pit halangan lumba kuda tersebut boleh ditempatkan sama ada di dalam atau di luar trek, untuk membuat satu selekoh lebih ketat atau selekoh lebih luas.

Padang dalaman lazimnya dikenali sebagai kawasan dekat (infield) dan mempunyai permukaan sama ada rumput atau rumput tiruan.

Segala acara padang akan dipertandingkan di kawasan dekat (infield).

Bagaimanapun, acara rejam lembing, membaling tukul besi dan melempar cakera ada ketikanya diadakan pada padang luar daripada stadium trek kerana ia memerlukan ruang yang besar dan peralatan yang digunakan boleh merosakkan kawasan dekat dan alat tersebut juga berkemungkinan akan mendarat di trek dan boleh membahayakan atlet-atlet lain.

Sebahagian infields adalah digunakan khas untuk acara tersebut dan untuk rejam lembing, atlet mungkin mempunyai 'run-up' lebih panjang dengan memulakan pada sebelah landasan lain dan melintas apabila tiada atlet melaluinya.

Sumber: Sinar Harian

Gimnastik Berirama

Gimnastik Berirama adalah sukan di mana pesaing tunggal atau pasangan, trio atau lebih (biasanya lima) memanipulasi satu atau dua aparatus: tali, gelang, bola, belantan dan reben.

Gimnastik Berirama adalah sukan menggabungkan unsur balet, gimnastik, tarian teater dan manipulasi aparatus.

Pemenang adalah peserta memperoleh mata terbanyak yang dianugerahi panel hakim untuk lompatan, kestabilan, putaran, kebolehlenturan, pengendalian aparatus dan kesan seni.

Badan pentadbiran, Fédération Internationale de Gymnastique (FIG), mengubah Code of Points pada 2001, 2003, 2005 dan 2008 untuk menegaskan elemen teknikal dan mengurangkan subjektiviti kehakiman.

Sebelum 2001, penghakiman adalah pada skala 10 mata seperti gimnastik artistik. Kemudian bertukar menjadi skala 30 mata pada 2003, skala 20 mata pada 2005 dan pada 2008 bertukar balik kepada skala 30 mata.

Terdapat tiga nilai diambil kira menjadi mata akhir teknikal, artistik dan kesempurnaan. Pertandingan antarabangsa dibahagikan antara remaja, di bawah 16 tahun dan senior wanita 16 tahun ke atas.

Gimnastik lazimnya memulakan latihan pada usia sangat muda dan mereka berada pada tahap terbaik lazimnya adalah pada lewat remaja atau awal 20-an.

Kejohanan terbesar dalam sukan itu adalah Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia dan Kejohanan Grand Prix.

Sumber: Sinar Harian

Hutan Simpanan Dara

Hutan Simpanan Dara (VJR) di Kompartmen 18A Hutan Simpan Pulau Kecil adalah sebuah kawasan yang dikekalkan dalam aspek komposisi hutan semula jadi.

Kawasan ini ditubuhkan pada 1940-an dijadikan tempat kajian dan penyelidikan serta tidak pernah dijalankan apa-apa aktiviti perhutanan.

Keistimewaan Hutan Simpanan Dara ini adalah pokoknya berusia melebihi 50 tahun. Untuk kemudahan pengunjung pelantar pejalan kaki (boardwalk) disediakan bagi memudahkan pengunjung melawat kawasan ini.

Sumber: Sinar Harian

Balai Polis Segari

Balai Polis Segari (imej dari polisperak.rmp.gov.my)

Balai Polis Segari adalah di bawah pentadbiran Polis Daerah Manjung. Balai Polis Segari terletak di daerah Manjung, Perak. Keluasan kawasan Segari sekitar 120 kilometer persegi.

Penduduknya meliputi seramai 14,404 orang yang mana terdiri seperti pecahan iaitu kaum Cina seramai 8,013 orang, kaum Melayu 4,700 orang dan kaum India seramai 1,030 orang. Lain-lain bangsa seramai 670 orang.

Pekerjaan utama penduduk Segari terdiri daripada pekerja nelayan, pekerja industri dan pekebun kecil. Dari segi geografi, Balai Polis Segari terletak di kawasan bersempadan dengan Pantai Remis di sebelah utaranya manakala di sebelah selatan bersempadan dengan Sungai Dinding dan di sebelah barat bersempadan dengan Selat Melaka.

Sumber: Sinar Harian

Wednesday, September 2, 2009

Hoki

Hoki adalah sukan yang popular di seluruh dunia. Nama hoki dipercayai berasal daripada bahasa Perancis iaitu 'hoquet' yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi 'hockey'.

Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892.

Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal dalam kalangan rakyat tempatan. Selepas dua dekad lebih, barulah penduduk tempatan mula meminati permainan ini.

Pada tahun 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan India.

Selepas itu, pasukan hoki negara menjelajah ke Macau dan Hong Kong dan mengadakan perlawanan persahabatan di sana.

Sumber: Sinar Harian