Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, August 5, 2009

Sukan di Malaysia

Sukan di Malaysia adalah salah satu kegiatan yang telah merapatkan tali silaturahim antara rakyat berbilang kaum. Sukan yang melibatkan daripada pelbagai jenis seperti sukan air, sukan balapan, sukan padang, sukan tradisional dan seumpamanya ini dilakukan oleh rakyat pelbagai lapisan umur.

Sehingga kini, sukan di Malaysia telah menjadi suatu aktiviti utama di universiti-universiti tempatan di mana mereka sering melakukan aktiviti sukan tahunan atau sukan antara universiti atau antara kolej semata-mata untuk menerapkan semangat kerjasama, setiakawan, semangat untuk memenangi suatu pertandingan, selain untuk berkenalan sesama sendiri dan merapatkan hubungan antara satu sama lain.

Kebanyakan bangsa di Malaysia mempunyai sukan tradisional mereka sendiri, di mana ia telah diwarisi dari generasi ke generasi. Sukan-sukan tradisional ini sesetengahnya melambangkan ciri-ciri kesenian yang terdapat dalam sesetengah bangsa atau kaum berkenaan.

Sukan tradisional dan rakyat

Antara sukan tradisional yang ada di Malaysia ialah permainan wau. Walaupun ramai yang tidak menyedari mereka sedang bersukan, namun aktiviti seperti itu adalah antara kegiatan utama atau rutin di masa lapang bagi sebahagian rakyat di negara ini.

Sukan seperti permainan wau, tarian naga atau permainan gasing mempunyai ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia. Aktiviti ini kebiasaannya akan dilakukan dalam sekelompok manusia yang mempunyai minat sama. Masing-masing akan berkongsi tenaga, pendapat dan masa semata-mata untuk memastikan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan.

Selain itu, ada juga sukan rakyat yang pada awalnya dimainkan sebagai sukan harian dan kini telah dimainkan pada kejohanan sukan utama seperti sepak raga yang telah dikomersilkan sebagai permainan sepak takraw yang telah menjadi salah satu acara di beberapa kejohanan peringkat kebangsaan atau Asia Tenggara.

Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan seperti ini atau sukan rakyat ini telah dipermainkan sejak turun-temurun dan dipelajari oleh generasi terdahulu.

*Imej sukan dari Berita Harian

*Imej permainan tradisional dari pismppra.wordpress.com

Sumber: Sinar Harian

No comments: