Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, August 13, 2009

Senaman Poco-poco

Senaman poco-poco (imej dari www.navy.mil.my)

Oleh Rubiah Nordin, dipetik dari akhbar Sinar Harian

Akhir-akhir ini senaman poco-poco seringkali mendapat tempat dalam acara rasmi. Poco-poco bermula daripada seorang seniman kelahiran Ambon, Indonesia iaitu Arie Sapulette yang mendapat inspirasi menghasilkan lagu itu daripada seorang gadis gempal yang lincah menari di satu pesta.

Kerana terlalu seronok melihat kelincahan gadis gempal itu menari hingga terkeluar perkataan poco-poco dari mulut Arie. Sejak itu, tarian yang mengikut rentak gendang itu dinamakan poco-poco, perkataan yang berasal daripada bahasa Manado.

Setelah Arie berpindah ke Jakarta tahun 1995, lagunya telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal di Indonesia, Yopie Latul dan bermula dari situ rentak tari poco-poco semakin popular di Indonesia hinggalah menular ke seluruh Nusantara.

Terdapat beberapa versi mengenai asal usul tarian tersebut, malah banyak daerah di Indonesia mendakwa tarian tersebut berasal dari daerah mereka. Di Malaysia, tarian poco-poco dianggap sebagai satu medium senaman yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat.

Keseluruhan lagu itu juga membawa maksud tubuh yang sihat, badan yang tegap dan dilagukan dengan iringan tari yang mudah serta menghiburkan. Gerak tariannya umpama senaman aerobik, membuatkan badan berpeluh dan berasa lebih sihat.

No comments: