Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, August 11, 2009

Pertempuran di Slim River

Tentera Jepun mengharungi sungai

Pertempuran di Slim River adalah salah satu pertempuran singkat yang terkenal dalam Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Pertempuran ini terkenal kerana kejutan sepenuhnya oleh sejumlah kecil tentera pejalan kaki dan kereta kebal Jepun terhadap tentera British.

Secara tidak langsung, pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu, akibat korban yang tinggi dan kehilangan sejumlah besar peralatan ketenteraan dalam pertempuran tersebut.

Pertempuran ini bermula dengan kepantasan tentera Jepun mengatasi pertahanan di Trolak, lima batu di utara Slim River, yang menonjolkan kecemerlangan penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia Kedua.

Sumber: Sinar Harian

No comments: