Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 24, 2009

Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang

Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang, Taiping (imej dari skuskperakkidz.blogspot.com)

Sekolah Kebangsaan Ulu Sepetang, Taiping ialah sebuah sekolah yang terletak di antara bandar Taiping dan Batu Kurau di dalam daerah Larut Matang dan Selama (LMS).

Mengikut cerita yang boleh dipercayai, bahawa pada masa lampau, di Kampung Ulu Sepetang tidak terdapat sekolah. Ini ialah kerana jumlah penduduknya tidak ramai dan tinggal berselerak. Jika ada anak-anak penduduk di sini yang hendak bersekolah mereka terpaksa dihantar ke Sekolah Kebangsaan Sungai Akar terletak di Batu Kurau, yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Toh Sajak. Ini amat menyulitkan penduduk di sini.

Semasa darurat, penduduk yang berselerak ini telah dikumpulkan di suatu kawasan penempatan semula. Kawasan ini dikenali sebagai Kampung Baru Ulu Sepetang. Ia terdiri daripada penduduk berbilang kaum dan keturunan iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Semakin lama, jumlah penduduk bertambah. Mereka berasa amat sukar untuk anak-anak mereka mendapatkan pelajaran di sekolah.

Ibu bapa serta penduduk kampung menghantar rayuan kepada kerajaan memohon supaya didirikan sebuah bangunan sekolah bagi kepentingan anak-anak mereka. Pihak kerajaan bersetuju dan telah mendirikan sebuah bangunan kayu yang panjangnya berukuran 120 kaki x 20 kaki.

Sumber: Sinar Harian

No comments: