Pengikut dan Ex-smgrian
Friday, July 3, 2009
Sekolah Kebangsaan Bongor
Sekolah rendah ini mula didirikan pada tahun 1948 oleh Ketua Kampung Bongor, Che Lah dengan bantuan penduduk kampung menggunakan bahan tempatan seperti buluh dan batang bertam, yang beratapkan daun nipah serta berlantaikan tanah.
Pada asalnya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu Bongor.
Pada tahun 1951, sekolah ini mendapat bangunan baru melalui bantuan kerajaan. Bangunan yang diterima ketika itu berdindingkan papan, berlantaikan simen dan beratapkan zink, di mana bekalan perabot pula adalah daripada Jabatan Pelajaran Perak. Terdapat hanya lima bilik darjah ketika itu.
Sekolah ini telah disempurnakan perasmiannya pada tahun 1965 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Pertambahan jumlah murid menyaksikan sekolah ini menerima bangunan baru pada tahun 1977 dengan dilengkapi lima bilik darjah, sebuah perpustakaan dan pejabat lengkap dengan peralatan.
Pada tahun 1978, atas permintaan penduduk kampung, kelas Darjah Enam telah diwujudkan.
Sumber: Sinar Harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment