Pengikut dan Ex-smgrian
Monday, July 6, 2009
Kuala Gula
Kuala Gula adalah kawasan perkampungan nelayan yang terletak dalam daerah Kerian.
Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Matang yang terdiri daripada hutan paya bakau seperti pokok api-api Avicennia spp dan pokok bakau Rhizopora spp.
Kuala Gula juga adalah kawasan persinggahan pelbagai spesies burung dari Hemisfera Selatan ke Utara terutama dari Siberia dan Mongolia.
Burung tersebut mula singgah di sini antara Ogos hingga April. Sebanyak 166 spesies burung terdapat di sini pada masa tertentu.
Antara spesies burung yang menarik adalah Burung Upih Mycteria Cinerea dan Burung Botak Kecil Leptopilos Javanicus yang datang dari kepulauan Siberia.
Selain itu, burung Camar Putih, Tukang Kubur dan spesies haiwan lain seperti monyet, ikan lumba-lumba, harimau bintang dan lain-lain boleh dilihat di kawasan ini.
Antara sebab utama penghijrahan burung di kawasan ini adalah kerana keadaan musim sejuk yang panjang di Hemisfera Selatan.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment