Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 1, 2009

Kampung Tasek


Pemandangan bandaraya Ipoh

Tasek atau Kampung Tasek terletak di utara bandaraya Ipoh, Perak dan ia terletak berhampiran dengan Kampung Tawas, Kanthan, Chemor, Bercham, Tambun, Falim dan lain-lain. Ramai penduduknya bekerja di kawasan perindustrian Tasek dan zon industri ini telah lama diwujudkan sama seperti Sungai Way di Petaling Jaya dan Bayan Lepas di Pulau Pinang. Jalan raya utama antara Ipoh ke Kuala Kangsar menjadi nadi utama sistem pengangkutan dan amat sibuk kerana banyak kenderaan berat yang melalui kawasan terbabit.

Kampung Tawas adalah kawasan yang ramai diduduki masyarakat Cina dan Kampung Tasek adalah petempatan bagi masyarakat Melayu. Dari segi pendidikan, kerajaan membina Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek bagi memudahkan orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

No comments: