Sukan go-kart bukan satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir, malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya, di samping memenuhi saingan perlumbaan go-kart yang semakin mencabar.
Namun begitu, dalam mereka bentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah, ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.
Rekabentuk go-kart yang akan direka adalah salah satu usaha melihat kemampuan generasi Rakan Muda abad 21 di setiap institusi pengajian tinggi di negara ini menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri, yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah digariskan oleh pihak penganjur.
Prototaip go-kart yang dibina bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor.
Proses pembuatan prototaip go-kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta.
Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya ialah penyediaan metodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran.
Pertandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri.
Seterusnya pemasangan, pengubahsuaian, uji pandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment