Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 1, 2009

Bantuan kewangan program asasi IPTA

Program bentuan kewangan untuk program bertaraf asasi IPTA diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.

Pelajar-pelajar program bertaraf asasi yang diluluskan oleh kementerian adalah seperti di IPTA berikut:
  • Universiti Islam Antarabangsa
  • Universiti Malaya
  • Universiti Putra Malaysia
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Sains Islam Malaysia
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  1. Syarat-syarat kelayakan ialah pemohon mesti warganegara Malaysia.
  2. Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di IPTA tanpa mengira taraf pendapatan.
  3. Pelajar yang layak dipertimbangkan bantuan kewangan hanyalah mereka yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
Sumber: Sinar Harian

No comments: