Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 16, 2009

SUKMA

Logo SUKMA 2010 yang akan dilansungkan di negeri Melaka.

Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia.

SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.

Objektif
  • Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.
  • Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal dan pentadbir-pentadbir sukan.
  • Menggalakkan pembinaan kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah.
  • Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa di masa hadapan.
  • Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Sumber: Sinar Harian

No comments: