Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII bermula pada Julai 1883 dengan penubuhan Sekolah Pusat berpunca dari perkembangan pesat perlombongan bijih timah terutama di Kamunting.
Bermula dengan 13 murid, bilangan tersebut bertambah menjadi 55 pada akhir 1884. Pada tahun 1885 gelanggang gimnastik dibina di Sekolah Pusat itu sehingga menyebabkan keperluan untuk bangunan baru dan kawasan yang lebih luas.
Kawasan yang dipilih adalah tempat terletaknya Sekolah Rendah King Edward (I) sekarang. Bangunan baru mula dibina pada tahun 1904 hingga 1905 dan menelan kos RM93,000. Mr. R.F. Stainer, Guru Besar ke-2 Sekolah Pusat mencadangkan nama sekolah ditukar kepada Sekolah King Edward VII bersempena dengan pertabalan raja berkenaan pada tahun 1901.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment