Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, June 24, 2009

Sejarah Pekan Sayong

Jambatan yang menghubungkan bandar Kuala Kangsar dengan Sayong (imej dari undertree.fotopages.com)

Pekan Sayong adalah kawasan majoriti penduduk Melayu yang terletak di daerah Kuala Kangsar. Ia terletak bersebelahan dengan Sungai Perak dan jambatan sebelum sampai ke bandar Kuala Kangsar.

Sayong atau sayung berasal daripada sisa papan yang dipotong tetapi dalam bentuk menyerong atau rencong.

Papan sayung bermakna papan lebihan yang tidak tepat ukurannya. Sayong terkenal dengan perusahaan kecil membuat labu daripada tanah liat atau pelbagai seramik lain.

Penduduk Sayong dipercayai berasal dari Hilir Perak yang dibawa Sultan Perak terdahulu ke Kuala Kangsar. Tukang yang mahir dalam seni bina rumah, perabot dan seni seramik di bawa bersama-sama Sultan yang bersemayam di Hilir Perak ke Hulu Perak iaitu di Kuala Kangsar.

Sumber: Sinar Harian

No comments: