Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 16, 2009

Sejarah bahagian pengurusan masjid

Masjid Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, Perak (imej dari mymasjid.photo-digital.org)

Sejarah penubuhan Bahagian Pengurusan Masjid adalah berasal daripada salah sebuah unit dalam Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak Darul Ridzuan, mulai 1986 iaitu selepas penyusunan semula carta organisasi Jabatan Hal Ehwal Agama Perak.

Pada keseluruhannya Unit ini bertanggungjawab kepada Jabatan Agama Islam Perak secara khusus mengenai masjid dan surau dalam negeri Perak dari sudut pentadbiran, pengurusan dan membantu usaha pembangunan.

Sebelum unit ini diwujudkan, pentadbiran dan pengurusan masjid adalah di bawah Bahagian Wakaf dan Masjid Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak. Pada Mei 2000 Unit Kariah telah dipindahkan ke Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh dan dinaik taraf menjadi Bahagian Pengurusan Masjid.

Bagaimanapun Bahagian ini hanyalah diwujudkan atas dasar Pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak sahaja dan kini menunggu kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Kewujudan Bahagian Pengurusan Masjid ini adalah selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 Bahagian IV (Masjid dan Tempat Ibadah).

Pada masa ini, terdapat sebanyak 580 masjid dan hampir 2,000 surau dalam negeri Perak yang didaftarkan dalam pentadbiran bahagian ini.

Objektif
  • Mengembalikan fungsi dan peranan Masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Syarak.
  • Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam, pusat penyebaran ilmu dan maklumat dan pemangkin kepada kemajuan umat Islam di dunia dan di akhirat.
  • Merealisasikan umat Islam sebagai umat yang terbaik.

Sumber: Sinar Harian

No comments: