Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, June 26, 2009

Muzium Geologi

Muzium ini dibuka pada tahun 1957. Ia adalah Muzium Geologi pertama dan tunggal di Malaysia.

Ia ditadbir Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada kompleks Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh atau turut dikenali sebagai Tiger Lane.

Fungsi utama muzium ini adalah mempamerkan spesimen berkaitan bidang Geosains dan aktiviti perlombongan di Malaysia serta memperkenalkan kepada orang ramai tentang aktiviti Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Muzium ini dibuka kepada orang ramai hanya pada waktu pejabat dan lawatan secara berkumpulan dialu-alukan dan jika memerlukan penerangan atau iringan, sila maklumkan kepada pentadbir secara rasmi mengenai lawatan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian, muziumgeologi.blogspot.com

No comments: