Jambatan ini adalah jambatan terpanjang merentangi sungai di Malaysia ketika ini.
Panjang keseluruhan jambatan adalah 1246 meter dengan 930 meter rentangnya adalah di atas sungai.
Jambatan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5 meter serta bahu jalan berturap selebar 2.5 meter.
Kerja pembinaan projek ini dimulakan pada 19 Ogos 1997.
Skop projek berkenaan merangkumi pembinaan jalan dari Bandar Seri Manjung ke kilometer 5 Jalan Damar Laut - Pantai Remis sepanjang 12.8 kilometer.
Pembinaan tiga buah jambatan merentangi Sungai Dinding (1,246 meter), Sungai Tebok Raja Semalon (248 meter) dan Sungai Sitiawan (653 meter).
Terdapat tiga belas gerbang merentangi sungai dengan panjang setiap rentang dari 45 hingga 90 meter.
Tiang didirikan atas gerbang dan dek jambatan direntangkan atas tiang ini, menjadikannya struktur jambatan yang dapat memenuhi fungsi teknikal dan astetik.
Struktur jambatan juga direka bentuk untuk mampu bertahan impak dari kapal seberat 5000 DWT dengan kelajuan 5.0 knot.
Pembinaan gerbang dilaksanakan dengan kaedah 'balanced centilever' yang disokong dengan kabel ke menara keluli sementara setinggi 36 meter dipasang di atas kepala cerucuk.
Dengan menggunakan 'travelling forms' setiap segmen gerbang sepanjang 4.5 dibentuk sehingga menjadi gerbang yang sempurna.
Keseluruhan jambatan adalah daripada konkrit bertetulang dengan dek jambatan daripada komposit konkrit dan seksyen keluli.
Di bawah jambatan tersebut terdapat kawasan yang kini diaktifkan sebagai tempat bermain kereta kawalan jauh dan juga empat bersantai.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment