Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, June 22, 2009

Jalan Pahang, Tapah

Pemandangan di sekitar Jalan Pahang, Tapah menuju ke Cameron Highlands (imej dari www.malaysialand.com)

Jalan Pahang merupakan jalan protokol bagi bandar Tapah, di sepanjang jalan ini menghala ke Cameron Highlands terdapat perkampungan Orang Asli puak Semai.

Di Batu Tujuh terdapat sebuah Taman Caravan Kuala Woh yang merupakan hutan lipur paling indah di Perak.

Sebelum persimpangan masuk ke Kuala Woh, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh yang merupakan sekolah Orang Asli terbesar di Perak.

Batu 14 juga menawarkan sebuah lagi pusat pelancongan menarik iaitu Lata Iskandar. Pelbagai hasil hutan seperti tongkat ali, kacip fatimah, orkid hutan serta kraf tangan Orang Asli seperti sumpit ada dijual sepanjang jalan ini.

Di akhir jalan ini di Cameron Highlands, terdapat persimpangan untuk ke Simpang Pulai berhampiran dengan bandar Ipoh serta ke Gua Musang, Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

No comments: