Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, June 1, 2009

Gunung Korbu

Foto gunung-gunung yang terdapat di Banjaran Titiwangsa (imej dari www.ogkl.com.my)

Gunung Korbu terletak di tulang belakang Semenanjung Malaysia iaitu di Banjaran Titiwangsa.

Tinggi gunung ini adalah 2,183 meter di mana antara gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Tahan (2,187 meter). Ia juga digolongkan dalam kumpulan G7 iaitu gunung yang melebihi 7000 kaki dan puncak Gunung Korbu boleh dilihat dari Ipoh, Tanjong Rambutan, Ulu Kinta dan Chemor.

Terdapat dua trek untuk ke puncak Gunung Korbu iaitu trek pertama bermula dari National Stud Farm, Tanjong Rambutan.

Kemudian pengunjung akan melalui Kampong Tonggang ke kaki gunung dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan trek kedua adalah dari Intake, Ulu Kinta melalui Kampong Termin.

Sumber: Sinar Harian

No comments: