Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, June 9, 2009

Galah panjang

Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi dua lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.

Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi empat baris.

Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang.

Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, mereka boleh menang dengan mudah.

Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, anak buah akan tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang.

Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

Sumber: Sinar Harian

No comments: