Pengikut dan Ex-smgrian

Saturday, June 6, 2009

Batak Rabit

Masjid Batak Rabit

Dipercayai penduduk asalnya adalah orang Batak dan kemudiannya apabila datang orang Melayu, maka timbul keperluan untuk membezakan antara Batak dan Melayu.

Bagi mengatasi masalah itu, satu aturan diadakan Penghulu Kampung yang mewajibkan orang Batak di situ menebuk telinga dan memakai subang.

Tidak lama selepas itu, orang Batak menjadi sasaran ejekan dan sindiran orang Melayu yang memperolokkan mengenai keadaan telinga orang Batak yang seolah-olah koyak atau 'rabit'.

Kemudian, lama-kelamaan ia menjadi kesedapan kepada sebutan penduduk kampung itu dan lalu dinamakan terus, Batak Rabit.

Sumber: Sinar Harian

No comments: