Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 25, 2009

Penuaian air hujan

Salah satu sumber air yang boleh digunakan dalam kegunaan seharian ialah air hujan. Dahulunya air hujan sering digunakan apabila ia dikumpulkan dalam telaga. Kini sebahagian besar daripada rumah tidak mempunyai telaga lagi.

Oleh itu, kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan mengumpul air hujan ini ialah dengan menuainya melalui kaedah-kaedah tertentu.

Sebelum mengetahui tentang kaedah-kaedah penuaian air hujan ini, perlu diketahui kebaikan dan keburukan penuaian air hujan ini.

Kebaikan

Dengan menggunakan air hujan anda boleh mengurangkan pergantungan terhadap bekalan air utama. Kegunaan bekalan air utama akan menurun dan sekatan air terhadap komuniti boleh mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan dan melindungi bekalan air kita. Kebaikan-kebaikannya adalah:
  • Kecukupan bekalan air.
  • Mengurangkan kos untuk mengepam air bawah tanah.
  • Menyediakan air yang berkualiti tinggi, lembut dan rendah galian.
  • Memperbaiki kualiti air bawah tanah melalui pencairan apabila mengecas semula ke air bawah tanah.
  • Mengurangkan hakisan tanah di kawasan bandar.
  • Penuaian air hujan atas bumbung adalah lebih murah.
  • Sistem penuaian air hujan adalah mudah kerana ia boleh dilakukan secara persendirian.
  • Sistem penuaian hujan atas bumbung adalah mudah untuk membina, beroperasi dan mengekalkan.
Keburukan

Keburukan penuaian air hujan termasuk pencemaran oleh bahan pencemar dari bumbung yang telah bercampur dengan air dan pengurangan air simpanan disebabkan pencemaran oleh kodok, nyamuk, lipas dan sebagainya. Keburukan-keburukan lain adalah:
  • Bekalan terhad dan ketidakpastian penurunan hujan.
  • Pembangunan sistem-sistem penuaian air hujan yang luas boleh mengurangkan pendapatan sistem air awam.
  • Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain di sekelilingnya.
  • Tangki simpanan air hujan boleh mengguna ruang-ruang yang bernilai.
  • Sistem penuaian air hujan memerlukan penjagaan dan pemeliharaan selepas dipasang iaitu ia mungkin tidak sesuai untuk semua pemilik rumah.
Dicuplik dari Buletin Pengguna edisi November 2008.

2 comments:

Anonymous said...

dari segi keburukan yang dinyatakan

# Tangki simpanan air hujan boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain di sekelilingnya.

# Tangki simpanan air hujan boleh mengguna ruang-ruang yang bernilai.

saya x berapa setuju cz kite boleh decorate kat mana nak letak tangki tu..boleh letak bawah tmpat parking keta if ruang rumah x cukup..atas kreativiti la..

Zairul Salleh said...

Terima kasih kpd saudara anonymous yg memberikan pendapat.

Kalau didedahkan identiti pun bagus juga sekurang2 nya kita dapat berkenalan di alam maya ini.