Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 18, 2009

Panorama Perak - SUPER


Sukan Perak atau lebih dikenali sebagai SUPER adalah Program Kerajaan Negeri Perak yang dikendalikan Majlis Sukan Negeri Perak, Persatuan Sukan Negeri dan badan-badan kerajaan.

Sukan Perak bermakna kejohanan beraneka sukan (multi sports) yang melibatkan daerah-daerah di negeri Perak. Diadakan secara dwi-tahunan dan berselang seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA). Penyertaan adalah di bawah umur 20 tahun.

Sukan Perak yang pertama (SUPER I) telah diadakan pada 14 hingga 17 Jun 2001, yang mana daerah Kinta telah menjadi tuan rumah. Sebanyak 17 jenis sukan antara daerah dan tiga sukan individu telah dipertandingkan dengan penyertaan 2,224 atlet dan 1,000 pegawai.

Sukan Perak yang kedua (SUPER II) telah diadakan pada 12 hingga 15 Jun 2003 untuk Sukan Terbuka dan 3 hingga 6 Julai 2003 untuk antara daerah. Temasya kali ini, daerah Manjung telah dipilih sebagai tuan rumah. Sebanyak 18 jenis sukan antara daerah dan lapan jenis sukan individu telah dipertandingkan.

Daerah Kinta sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Perak ke-3 (SUPER III) yang telah diadakan pada 16 hingga 19 Jun 2005. Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah menjadi gelanggang utama bagi kejohanan kali ini. Sebanyak 18 jenis sukan antara daerah dan sembilan sukan individu telah dipertandingkan.

Bagi Sukan Perak ke-4 (SUPER IV), daerah Kinta telah dipilih untuk kali ke-3 menjadi tuan rumah memandangkan daerah Larut Matang dan Selama telah menolak untuk menjadi tuan rumah. Temasya kali ini telah diadakan pada 29 Mei hingga 2 Jun 2007. Beberapa institusi telah menjadi kontinjen jemputan dalam temasya kali ini, yang mana hanya dibenarkan untuk menyertai sukan berpasukan sahaja. Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah menjadi medan pertempuran.

* Untuk keterangan lanjut tentang Sukan Perak anda boleh klik sini.

Sumber: Sinar Harian.

No comments: