Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, May 18, 2009

Panorama Perak - Hutan Melintang 2

Pengkalan nelayan di Hutan Melintang, Perak.

Pekan Hutan Melintang terletak di pantai barat negeri Perak dan kegiatan utama masyarakat ialah pekebun kelapa, nelayan dan peniaga.

Hutan Melintang terletak berdekatan dengan Selat Melaka dan terdapat jeti nelayan serta perkampungan nelayan di sini.

Hutan Melintang semakin terkenal kerana adanya medan ikan bakar dan jeti nelayan untuk mendapatkan ikan-ikan segar dalam jumlah yang banyak.

Hutan Melintang terletak berdekatan dengan Teluk Intan, Jenderata, Bagan Datoh, Selekoh, Rungkup, Sungai Sumun di negeri Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang ialah S Kesavan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber: Sinar Harian

No comments: