Pengikut dan Ex-smgrian
Thursday, May 7, 2009
Panorama Perak - Aktiviti utama penduduk Kampar
Peneroka dan penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan penemuan bijih timah, oleh yang demikian apabila mengkaji sejarah Kampar tidak akan lari dari sejarah bijih timah itu sendiri. Lantaran itu tidak hairanlah ada pendapat yang mengatakan bahawa Kampar dibangunkan di atas bijih timah dan sehingga kini kegiatan melombong bijih timah masih lagi beroperasi walaupun ia mulai berkurangan akibat kejatuhan harga dalam pasaran.
Aktiviti awal perlombongan dijalankan secara mendulang di tebing-tebing Sungai Kranji dan Sungai Kampar serta di kawasan lembah yang berair. Kegiatan mendulang ini kebanyakannya dilakukan oleh orang-orang Cina. Apabila orang Eropah memperkenalkan cara melombong dengan menggunakan pam palong dan kapal korek, pengeluaran bijih timah berlipat ganda hasilnya. Secara tidak lansung ia telah membuka banyak peluanng pekerjaan kepada penduduk Kampar dan kawasan sekitarnya. Keadaan ini berterusan sehinggalah menjelang kemerosotan pasaran timah pada awal tahun 1993.
Hari ini, Kampar telah membangun sebagai pusat pentadbiran Daerah Kecil Kampar dan Gopeng serta menjadi sebuah pusat perniagaan dan kewangan yang menjadi tumpuan ramai.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment