Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, May 29, 2009

Kampung Jeram Mengkuang

Kampung Jeram Mengkuang terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Bidor. Pola penempatan kawasan ini adalah sejajar dengan sempadan jalan raya. Kampung ini mempunyai tiga buah kampung iaitu Kampung Batu 4, Kampung Batu 5 dan Kampung Batu 6.

Kampung Batu 4 dan Kampung Batu 5 digabungkan menjadi satu kampung dan diketuai seorang ketua kampung manakala Kampung Batu 6 tidak digabungkan dan turut mempunyai seorang ketua kampung.

Pada tahun 1968 kampung ini dikenali sebagai Kampung Kenangan. Pada masa dahulu, Kampung Jeram Mengkuang adalah kawasan perlombongan bijih timah dan mempunyai empat buah kapal korek.

Oleh itu, kawasan ini dikenali sebagai Bidor Malayan Tin.

Pada zaman kegemilangannya, kampung ini mempunyai dua buah kampung baru iaitu Kampung Rahmat dan Kampung Pasir.

Penduduk Kampung Rahmat terdiri daripada pekerja-pekerja lombong yang bekerja di Sungkai. Sebahagian penduduk di kampung ini berpindah ke FELCRA untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang lebih terjamin disebabkan aktiviti perlombongan bijih timah yang semakin berkurang.

Kampung Jeram Mengkuang juga dijadikan sebagai kawasan kumbahan sisa buangan.

Jeram Mengkuang pula adalah sebuah pekan berdekatan bandar Bidor.

Pada tahun 1960 hingga 1970 banyak aktiviti perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek di kawasan ini.

Sebatang jalan raya merentasi Jeram Mengkuang dari Bidor ke Teluk Intan.

Sungai Bidor mengalir melalui bandar Bidor, Jeram Mengkuang dan terus ke Sungai Perak, bertemu di Teluk Intan.

Sumber: Sinar Harian

4 comments:

ragavan a/l k.k.poduval said...

selepas saya baca cerita disiarkan,i just recalled back my childhood time when i was in bidor malayan tin.masa tu tak silap tahun 80an.keluarga saya tinggal di sebuah rumah kecil sebelah kedai gunting berhampiran dengan kelab milik bidor malayan tin sdn.bhd . ayah saya telah berkerja sebagai buruh kasar di malayan tin.saya masih teringat lagi pakcik karim yang jaga kelab tu.pakcik musa seorang pemandu teksi,pakcik dok sahabat karib ayah saya.ramai lagi sahabat2 ayah saya.ada yang dah meninggal.saya masih ingat lagi zaman kanak2 saya.ramai kawan di kampung jeram mengkuang.yg tak boleh lupa tu..semasa saya belajar di tadika,masa tu ianya sebuah dewan serbaguna di kampung.cikgu saya.suasana kampung semasa kenduri kahwin,suasana raya.it's really memorable.walaupun usia saya dah meningkat 35,tapi detik2 manis yang saya telah dirasai masih di ingatan saya.ianya telah dipacak dlm hati saya.i really missed all of them.

Zairul Salleh said...

En. Ragavan, terima kasih.

Sata Saalimun @1974 said...

Salam.Mahu mencari Cikgu Rashidah Yusuf,berasal dr Kampung Jeram Mengkuang Bidor Perak.

Gambar semasa cikgu mengajar sebagai cikgu praktikal di Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin Masjid Tanah Melaka tahun 1984....

dah 28 tahun...mungkin cikgu ni dah berusia 50an......

gambar ada di sini :

https://www.facebook.com/kajpdr

Terima kasih...

Jieja Zainal said...

Kampungku..msih ramai saudara mara di sana...rumah di hadapan SKJM adlah rumah peninggalan arwah tok dan opah..